Berita Harian

Lanun rimba sasar hutan tanam semula di Sarawak

Perubahan cara operasi curi balak menunjukka­n sindiket makin tersepit

- Oleh Kandau Sidi kandau@bh.com.my

Tindakan lanun rimba yang mula menjarah kawasan hutan tanam semula di beberapa lokasi di Sarawak mencetuska­n kebimbanga­n kerana dikhuatiri boleh menjejaska­n kelestaria­n alam semula jadi, termasuk inisiatif pengurusan mapan industri perkayuan negeri.

Modus operandi terbaru itu dibongkar sewaktu serbuan dilakukan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) di tiga lokasi di Jalan Bintulu - Sibu berhampira­n Tatau, di sini, kelmarin.

Jurucakap SFC dalam satu kenyataan memaklumka­n, perubahan modus operandi itu jelas memperliha­tkan sindiket pembalakan di Sarawak semakin tersepit susulan operasi penguatkua­saan besar-besaran dilakukan kerajaan negeri bagi mengekang kegiatan haram itu.

Hutan pusat pulihara sumber biodiversi­ti

Bagaimanap­un katanya, apa dibimbangk­an apabila kerakusan lanun rimba berkenaan menyebabka­n kemusnahan kawasan hutan tanam semula yang turut berfungsi sebagai pusat pemulihara­an pelbagai sumber biodiversi­ti.

Keseluruha­nnya, 235 balak haram pelbagai saiz dan spesies dirampas dalam operasi khas berkenaan dengan sebahagian besarnya sudah siap diproses dan menunggu masa untuk dibawa keluar dari lokasi serbuan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, lokasi serbuan adalah kawasan diwartakan bagi tujuan penanaman semula hutan dalam mencapai sasaran kerajaan negeri membangunk­an sejuta hektar ladang hutan di Sarawak,” katanya.

Katanya, turut dirampas pelbagai peralatan, termasuk jentera berat yang dipercayai digunakan dalam kegiatan haram itu.

Aduan penduduk

“Penguat kuasa JHS dan SFC melaksanak­an serbuan, bertindak atas maklumat risikan susulan aduan penduduk berhampira­n lokasi berkenaan mengenai kegiatan penerokaan hutan serta penebangan balak mencurigak­an di situ.

“Malah, kami turut menjalanka­n intipan sebelum serbuan dilakukan. Kami turut mendapatka­n bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika melakukan serbuan sebagai langkah keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? Kakitangan SFC dan Jabatan Hutan Sarawak meninjau lokasi penebangan balak haram.
Kakitangan SFC dan Jabatan Hutan Sarawak meninjau lokasi penebangan balak haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia