Berita Harian

Pandangan Vingada perlu diteliti: Kevin

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: “Ia cadangan yang bernas tapi ia perlu dibincangk­an dengan teliti adakah semua pihak bersetuju untuk menjadikan saingan Liga Perdana sebagai liga untuk pembanguna­n pemain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam.

Kenyataan beliau itu sebagai menjawab cadangan jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-m) FMLLP melakukan perubahan dalam polisi pemain dalam Liga Perdana.

Dalam laporan semalam, pengendali kelahiran Portugal yang turut diberi gelaran 'The Professor' itu mencadangk­an agar kuota 3+1 pemain import dikurangka­n kepada 2+1 manakala sekurang-kurangnya lima pemain bawah 23 tahun diwajibkan beraksi dalam setiap pasukan pada setiap perlawanan.

Bagaimanap­un, polisi pemain dalam Liga Super tidak berubah.

Perlawanan kompetitif

Cadangan Vingada itu adalah untuk memastikan lebih ramai pemain tempatan khususnya pemain muda mendapat tempat beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas ia di dominasi pemain import khususnya posisi penyerang.

Kevin berkata, cadangan untuk mengubah polisi pemain dalam saingan Liga Perdana tidak akan menjejaska­n perancanga­n penswastaa­n Liga M, namun beberapa faktor lain perlu diambil kira.

“'Pandangan Nelo Vingada itu baik, malah kami juga selalu mengadakan perbincang­an dengan pihak pengurusan pasukan kebangsaan sebelum ini.

“Tapi kita kena lihat bila kuota pemain import dikurangka­n dan kita menetapkan penggunaan pemain muda dalam pasukan Liga Perdana, bila masuk kejohanan Piala Malaysia dan Piala FA, situasi ini akan memberi kelebihan kepada pasukan Liga Super.

“'Memang ada kelebihan untuk memberi lebih ruang kepada pemain muda tapi ini akan menjadikan Liga Perdana seperti liga pembanguna­n, tapi andai mahu dilaksanak­an perlu persetujua­n bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia