Berita Harian

PKNP cipta sejarah layak suku akhir

-

Tanjung Malim: Pasukan kerdil, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC melakar sejarah selepas membaham T-team 4-1 sekali gus layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Dengan berbaki dua perlawanan anak buah Abu Bakar Fadzim tidak mampu digugat lagi biarpun tumpas perlawanan dengan Pahang dan Negeri Sembilan selepas ini kerana sudah mengutip 10 mata.

Dalam perlawanan di Stadium Proton City, semalam, pemain PKNP terpaksa menanti selama 30 minit sebelum Kim Hweonwoo memanfaatk­an umpanan Hafiz Ramdan untuk gol pertama tuan rumah.

PKNP kemudian mendahului 2-0 melalui sentuhan pemusnah kaptennya, Sharel Fikri pada minit ke-39.

Derita T-team berterusan apabila gagal menyekat jaringan Hafiz dua minit babak kedua bersambung.

Vincent Lucas mengukuhka­n kedudukan tuan rumah pada minit ke-72 sebelum T- Team merapatkan jurang melalui Yannick N’djeng pada minit ke-79 tetapi terlambat untuk menggugat lawan.

NS kembali temui rentak Di Seremban,

Negeri Sembilan kembali menemui semula rentak kemenangan selepas menewaskan Pahang 2-1, dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Biarpun tipis, kemenangan itu membolehka­n Negeri Sembilan mengumpul lima mata daripada empat perlawanan untuk berada di tangga kedua carta di belakang PKNP, sekali gus mencerahka­n peluang untuk mengisi slot ke suku akhir.

Negeri Sembilan berjaya membuka tirai jaringan apabila Farderin Kadir berjaya melepasi seorang pertahanan lawan dan kemudian bijak memperdaya­kan penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie Wan Teh, untuk gol pertama pada minit ke-10.

Anak buah Mohd Asri Ninggal terus memberi tekanan kepada skuad bimbingan Ahmad Shaharuddi­n Ahmad Rosdi, apabila Khairul Anwar Shahrudin yang tidak dikawal menjaringk­an gol kedua cantik dengan melakukan chip ke penjuru kiri gawang Pahang, pada minit k-35.

Bersambung babak kedua, Jaewon Heo merapatkan jurang menerusi gol pertama Pahang pada minit ke-87, susulan pergelutan dalam kotak penalti.

Usaha Pahang untuk menyamakan kedudukan bagaimanap­un tidak berhasil apabila kedudukan 2-1 itu kekal sehingga ke wisel penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia