Berita Harian

Kedah pesta gol, Kelantan kecundang

Melaka United tersungkur di bumi sendiri, UITM FC aibkan TRW di Shah Alam

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka United (MU) menambah satu lagi koleksi kekecewaan di tangan Kedah selepas tewas 2-6 pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Gol pertama Kedah disempurna­kan Ahmad Fakri Saarani menerusi rembatan jarak 25 meter sekali gus mengejutka­n tuan rumah yang baru menyusun gerak.

Selepas diasak hebat barisan Helang Merah, MU melakukan serangan balas yang akhirnya membuahkan hasil selepas Mohd Azinee Taib menanduk masuk hantaran Felipe de Souza pada minit ke-21 untuk gol penyamaan.

Sandro Mendonica menjaringk­an gol kedua menerusi sepakan menuju tepat ke penjuru kiri gawang skuad Hang Tuah, diikuti empat minit selepas itu untuk meletakkan Kedah selesa mendahului 3-1.

Kelemahan benteng tuan rumah terus dihukum menerusi jaringan cantik Akram Mahinan pada minit ke-45 meletakkan Kedah selesa mengatasi MU 4-1.

Bersambung babak kedua MU berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan Fauzi Roslan pada minit ke-53 selepas menerima hantaran Khair Jones.

Namun Kedah menambah gol kelima menerusi Ken Ilso Larsen pada minit ke-77 dan keenam menerusi pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Kelantan dirundung malang

Di Shah Alam, Kelantan terus dirundung malang selepas tewas 0-2 di tangan pasukan berstatus kelab, UITM FC dalam aksi Piala Malaysia di Stadium UITM Shah Alam, malam tadi.

The Red Warriors (TRW) yang hadir sebagai pasukan pasukan pilihan dalam perlawanan ini gagal untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan apabila tampil dengan aksi longlai sekali gus mengecewak­an lebih 3,000 penyokong yang hadir.

Sebaliknya, UITM FC berjaya memanfaatk­an aksi di tempat sendiri dengan mengutip tiga mata penuh menerusi dua gol jaringan daripada penyerang sensasinya, Akanni Sunday pada minit ke-7 dan 45.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia