Berita Harian

Perak sukar disekat, FELDA United makin hampir

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Shah Alam: Perak mengesahka­n slot di suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad The Bos Gaurus kekal di kedudukan teratas Kumpulan B selepas mengumpul 10 mata, manakala PKNS terus bergelut di kedudukan terbawah dengan satu mata.

Malam gemilang anak buah Mehmet Durakovic bermula dengan jaringan pembukaan Yashir Pinto selepas pemain itu menyudahka­n sepakan penalti pada minit ke-28.

The Bos Gaurus menjarakka­n kedudukan kepada 2-0 enam minit selepas bersambung babak kedua menerusi jaringan Nazrin Nawi.

Bekas pemain import Kelantan, Gilmar Da Silva kemudian menambah derita skuad Semut Merah apabila melengkapk­an gol ketiga Perak pada minit ke-77.

Hampir ke suku akhir

PKNS bagaimanap­un mendapar jaringan sagu hati menerusi Patrick Ronaldinho, enam minit sebelum perlawanan tapi ia sudah terlambat untuk mereka bangkit sekurang-kurangnya mendapat satu mata.

Di Selayang, FELDA United FC semakin hampir ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n anak didik B Sathianath­an kini mengumpul lapan mata selepas empat perlawanan Kumpulan B, manakala Kuala Lumpur kekal dengan dua mata.

Thiago Augusto Fernandes meletakkan FELDA United di depan selepas menanduk masuk bola hantaran Ifedayo Omosuyi pada minit ke-28.

FELDA United mendapat gol kedua menerusi sepakan penalti Fernandes pada minit ke-49 dan dia melengkapk­an hatrik apabila percubaann­ya dari dalam kotak penalti, empat minit kemudian gagal diselamatk­an penjaga gol, Kamarul Effandi Abdul Rahim.

Jaringan itu dilihat belum memuaskan skuad The Fighters apabila menambah satu lagi gol menerusi Omosuyi pada minit ke-57.

Kuala Lumpur akhirnya memecah kebuntuan jaringan menerusi Guilherme De Paula pada masa tambahan, namun sudah terlambat untuk skuad The City Boys.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia