Berita Harian

‘Bukan mudah raih ibu emas’

Pada empat edisi sebelum ini semua tuan rumah gagal muncul juara

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Misi memburu ibu emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bukan sesuatu yang mudah biarpun bermain di gelanggang sendiri.

Ini terbukti apabila pada empat edisi sebelumnya, keempat-empat pasukan tuan rumah gagal muncul juara dalam acara bola sepak.

Pencapaian terbaik ialah Indonesia yang muncul naib juara selepas tewas penentuan penalti di tangan Malaysia pada 2011 di Jakarta.

Perkara ini diakui jurulatih penjaga gol skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Kris Yong Wai Hwang yang turut terbabit membantu ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee menjuarai Sukan SEA Jakarta 2011 dan dua edisi sebelum ini.

Harap kelebihan jadual

“Sebagai tuan rumah kita boleh memanfaatk­an kelebihan daripada segi jadual dan sokongan padu penyokong, namun jika dilihat empat edisi sebelum ini, tuan rumah gagal muncul juara,” kata Yong yang memegang lesen tenaga pengajar Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

“Bagaimanap­un, ia tidak mustahil dicapai, dengan syarat semua pihak termasuk pemain, pegawai dan penyokong memainkan peranan masing-masing dan mencapai kemuncak prestasi masingmasi­ng di hari kejohanan.

“Saya yakin dengan skuad yang ada sekarang, peluang kita cerah terutama selepas kejayaan menjuarai kumpulan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC di Bangkok, barubaru ini.

“Saya lihat pemain kali ini mempunyai ‘ego’ tersendiri. Ego ini yang membuatkan mereka tidak cepat tunduk kepada tekanan dan mampu menerima cabaran dalam apa juga keadaan.

“Saya pasti ego mereka ini akan membantu kita mengatasi cabaran getir di temasya Sukan SEA nanti,” katanya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Kesemua perlawanan peringkat kumpulan membabitka­n negara diadakan di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam.

Perlawanan pembuka tirai ialah bertemu Brunei pada 14 Ogos, diikuti Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos). Hanya dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.

 ??  ??
 ??  ?? Kim Swee (kanan) bakal galas cabaran negara untuk memburu ibu emas bulan depan.
Kim Swee (kanan) bakal galas cabaran negara untuk memburu ibu emas bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia