Berita Harian

Aaliyah lebih matang ‘berguru’ di Florida

-

Putrajaya: Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah percaya pengalaman ‘berguru’ di Florida, Amerika Syarikat (AS) kira-kira enam minggu sebelum ini dan sentuhan dua lagi jurulatih menjadikan­nya lebih matang di pentas pertanding­an.

Justeru, dia yakin mampu mendapatka­n lebih daripada dua pingat emas sekali gus melebihi pencapaian peribadi dilakar di temasya Sukan SEA Singapura 2015.

Katanya, tonik tambahan itu diperoleh apabila berpeluang mendapat didikan daripada salah seorang jurulatih terbaik dunia iaitu Cory Pickos dari Amerika Syarikat yang memberi tumpuan dalam acara slalom dan jump.

Hasil didikan di luar negara menyaksika­n atlet itu berjaya melakar rekod peribadi terbaik dalam acara jump daripada 20.20 mata ketika meraih pingat perak di Sukan SEA Singapura 2015 kepada 32.1 mata.

Selain Pickos, Aaliyah turut mendapat didikan daripada Marian Malaquin dari Perancis yang datang ke negara ini selama 10 hari pada bulan lalu, serta tunjuk ajar daripada ketua jurulatih Sukan SEA, Larry Gisler dari Chile.

Dua pingat emas

“Sasaran saya untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah dua pingat emas seperti di Singapura (tricks dan keseluruha­n), Insya-allah.

“Tapi saya yakin mampu raih lagi satu pingat emas sama ada dalam acara slalom atau jump dan tidak mustahil jika kedua-dua acara ini saya juga mampu dapatkan emas.

“Namun harus diingat macam-macam boleh terjadi dalam sesuatu kejohanan,” kata Aaliyah ketika ditemui di Kejohanan Antarabang­sa Ski Air dan Wakeboard 2017/ Pra Sukan SEA di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini, semalam.

Ditanya mengenai pesaing yang bakal ‘menghantui­nya’ di KL2017, Aaliyah berkata dalam acara tricks dia perlu waspada dengan kehadiran Nur Alimah Priambodo dari Indonesia.

Sementara dalam acara slalom pula, Aaliyah melihat Sasha Christian dari Singapura dan Ummu Thoyibhatu­s Sholikah (Indonesia) manakala Rossi Amir (Indonesia) dalam acara jump.

Sukan SEA akan bermula pada 19 hingga 30 Ogos ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia