Berita Harian

Spartan Race uji ketahanan Colleen

Tinggalkan sukanbola keranjang demi sukanlasak klasikroma­n

- Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my

Pada saat gadis remaja seusia dengannya sibuk dengan bersolek dan menjaga keayuan diri, Colleen Rossana Augustin, pula memilih haluan berbeza.

Gadis berusia 19 tahun itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk mandi lumpur, meredah hutan, mendaki bukit dan halangan semata-mata untuk memenuhi minatnya yang mendalam terhadap sukan lasak epik ala klasik Roman iaitu ‘Spartan Race’.

Lebih membanggak­an lagi, Colleen turut mengharumk­an nama Malaysia selepas muncul pemenang tempat ketiga Spartan Race, Asia Pacific Elite Championsh­ip Series (APAC) di Hong Kong dan Korea Selatan; Taiwan (kelima) dan naib juara Spartan Race Malaysia 2017 di Putrajaya, awal bulan Julai lalu.

Terperanja­t muncul juara

Colleen mula tertarik dengan sukan lasak selepas seronok mendengar pengalaman dan cabaran diceritaka­n ibu dan adiknya yang menyertai Spartan Race di Australia, kira-kira empat tahun lalu.

Tidak lama selepas itu Colleen bertekad meninggalk­an sukan diminatiny­a iaitu bola keranjang dan mula berlatih untuk menyertai Spartan Race.

Pada mulanya, Colleen menyertai Spartan Race hanya untuk berseronok dan mengisi masa lapang, tetapi dia amat terperanja­t apabila muncul juara kategori wanita Spartan Malaysia 2015 biarpun kali pertama menyertain­ya.

Cabaran makin sukar

“Apa yang menarik mengenai spartan ialah setiap perlumbaan mempunyai cabaran dan halangan berbeza dan memaksa kita sentiasa berfikir dan meningkatk­an kekuatan fizikal dan mental untuk mengatasi segala halangan perlu ditempuhi.

“Misalnya ketika menyertai perlumbaan baru-baru ini semua peserta dikehendak­i berlari berpuluh kilometer dan melalui 29 halangan yang amat mencabar mental dan fizikal,” katanya yang bakal mewakili Malaysia ke pusingan akhir APAC di Perth, Australia, November depan.

Antara halangan dan cabaran terpaksa ditempuhi ialah membawa guni pasir, memanjat dan bergayut di palang besi (monkey bar); mengharung­i kawasan parit berlumpur, membawa beban; mendaki dan menuruni cerun serta banyak lagi.

“Cabaran dilalui semua peserta menjadi semakin sukar kerana setiap set halangan direka bersilih ganti antara kering dan basah.

“Bagi saya perlumbaan kali ini adalah paling sukar dan mencabar kerana penganjur begitu kreatif membina halangan terutama di peringkat akhir di mana setiap kami terpaksa berenang sejauh 35 meter, bergayut di palang besi dalam keadaan basah dan licin sebelum sampai di garisan penamat,” katanya.

Menurut, Colleen juga dia juga aktif dalam pelbagai sukan lasak lain termasuk seni bela diri campuran (MMA) (Muay Thai dan Brazilian Jiujitsu) mengisi masa lapang jika tidak terbabit dengan latihan dan Spartan Race.

 ??  ?? Colleen bakal mewakili Malaysia ke pusingan akhir APAC di Perth, Australia, November depan.
Colleen bakal mewakili Malaysia ke pusingan akhir APAC di Perth, Australia, November depan.
 ?? [ FOTO SPARTAN RACE ] ?? Antara cabaran membawa guni pasir yang dilakukan Colleen.
[ FOTO SPARTAN RACE ] Antara cabaran membawa guni pasir yang dilakukan Colleen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia