Berita Harian

Langkah Hsu Ann penuh taktik

Pelajari Brazilian Jiu Jitsu bagi tambah kemahiran seni bela diri lebih serius

- Oleh Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Melihat perwatakan dan personalit­inya yang lemah lembut, tiada siapa menyangka atlet wakeboard negara, Cheah Hsu Ann memilih sukan mempertaha­nkan diri, Brazilian Jiu Jitsu bagi mengisi masa lapangnya.

Cukup berbeza dengan sukan yang diceburiny­a, Hsu Ann bagaimanap­un merasakan yang Brazilian Jiu Jitsu itu banyak membantuny­a dalam membina keyakinan dan tumpuannya ketika bertanding.

“Brazilian Jiu Jitsu menarik hati saya kerana ia adalah seperti permainan catur yang mana kita perlu berfikir dengan pelbagai jenis gerakan bagi menewaskan lawan.

“Sukan pertahanan diri ini juga tidak hanya mengharapk­an kekuatan tetapi ia adalah lebih mengenai kemahiran seseorang.

“Dengan teknik yang betul, seseorang itu boleh mengalahka­n lawan yang lagi besar daripada dia,” katanya yang menjalani latihan di Gimnasium Monarchy MMA, Bangsar.

Mahu lebih serius

Menjalani latihan di bawah kendalian suaminya, Joakim Chienh yang juga seorang atlet sukan pertahanan diri itu, Hsu Ann berkata dia bagaimanap­un kini terpaksa mengurangk­an aktivitiny­a itu kerana bimbangkan kecederaan menjelang Sukan SEA 2017 bulan depan.

Bakal bertanding ke Sukan SEA buat kali ketiga, Hsu Ann yang juga seorang graduan perundanga­n berkata dia berhasrat untuk aktif dalam sukan pertahanan diri itu selepas bersara daripada sukan wakeboard.

“Sekarang ini saya sering mengikut suami saya yang juga jurulatih saya untuk sesi latihan pada setiap minggu.

“Kalau boleh suatu hari nanti saya juga mahu menceburi sukan ini secara serius,” katanya yang bertanding kategori bawah 50 kilogram.

 ?? [ FOTO SHAWAL AZANI / BH ] ?? Hsu Ann (kiri) bersama suaminya di Monarchy MMA, baru-baru ini.
[ FOTO SHAWAL AZANI / BH ] Hsu Ann (kiri) bersama suaminya di Monarchy MMA, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia