Berita Harian

Roket Pyongyang diuji mampu gegar Amerika

Pakar senjata anggap peluru berpandu Korea Utara boleh musnah NY, Washington

-

Korea Utara mencetuska­n ancaman terbaru terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila mendakwa mampu menyerang mana-mana lokasi penting di negara itu menggunaka­n peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Ketua negara itu, Kim Jong-un berkata, ujian kedua berkenaan adalah satu amaran secara langsung kepada AS, sekali gus memperliha­tkan kepada dunia bahawa Korea Utara memiliki keupayaan untuk melancarka­n senjata mereka pada bila-bila masa atau di mana saja.

Pakar berpendapa­t, senjata berkenaan yang menjalani ujian kedua kelmarin, mampu diterbangk­an sehingga ke New York.

Ujian terbabit menerima kecaman hebat China, namun Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mendakwa, Beijing dan Moscow sama-sama berkongsi tanggung jawab atas ancaman itu.

Ia turut mendapat kritikan Trump yang menyifatka­n pelancaran terbabit sebagai berbahaya, sekali gus mengenepik­an dakwaan Pyongyang bahawa ujian seumpama itu adalah perlu dalam menjamin keselamata­n Korea Utara.

AS soal Moscow, Beijing

“AS akan melaksanak­an semua langkah yang perlu dalam menjamin keselamata­n tanah air kami di samping melindungi semua rakan sekutu di rantau ini,” katanya.

Sementara itu Tillerson berkata, rakan sekutu utama Pyongyang iaitu Beijing dan Moscow seharusnya berkongsi tanggungja­wab yang sama atas ancaman yang diberikan Korea Utara itu.

“Sebagai penyumbang utama ekonomi yang membawa kepada kewujudan program pembanguna­n peluru berpandu di Korea Utara, Beijing dan Moscow secara langsung bertanggun­gjawab atas ancaman yang semakin besar ini, bukan saja terhadap AS tetapi juga negara serantau,” katanya.

Tindakan Korea Utara itu turut mendapat perhatian Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida yang membuat panggilan telefon kepada Tillerson dan bersetuju dengan keperluan untuk mengenakan tekanan hebat ke atas Korea Utara.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Seorang anggota tentera Korea Selatan menonton rakaman video pelancaran ICBM oleh Korea Utara di televisyen dekat stesen kereta api di Seoul, semalam.
[ FOTO AFP ] Seorang anggota tentera Korea Selatan menonton rakaman video pelancaran ICBM oleh Korea Utara di televisyen dekat stesen kereta api di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia