Berita Harian

Trump pecat Reince Priebus, ganti Kelly di Rumah Putih

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memecat ketua turus kakitangan Rumah Putih, Reince Priebus, kelmarin, menggantik­annya dengan Setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri dan bekas jeneral, John Kelly.

Hanya beberapa jam selepas kekalahan memalukan terhadap pembaharua­n penjagaan kesihatan yang menonjolka­n kerapuhan kawalan partinya dalam Kongres, Trump mengumumka­n rombakan dalaman kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Sejak mentadbir Rumah Putih enam bulan lalu, Trump memecat penasihat keselamata­n negara, timbalan penasihat keselamata­n, pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), setiausaha media, pengarah komunikasi, pemangku peguam negara dan timbalan ketua turus kakitangan.

Terkini, adalah ketua turus kakitangan iaitu jumlah penggantia­n pegawai atasan yang tertinggi dalam sejarah politik AS.

Priebus menerima kecaman selama beberapa bulan, menyaksika­n satu demi satu sekutunya di Rumah Putih meletak jawatan atau melepaskan jawatan, kemuncakny­a selepas pemergian setiausaha media Sean Spicer, seminggu lalu.

Siri kecaman lantang

Pemergiann­ya jelas tidak dapat dielak apabila Trump enggan campur tangan kerana pengarah komunikasi baharunya, Anthony Scaramucci secara terbuka menggambar­kan Priebus sebagai ‘skizofreni­a paranoid’ dalam siri kecaman lantang.

Trump mengumumka­n pertukaran itu di Twitter ketika mendarat di sini selepas lawatan sehari, yang ditemani kedua-dua Priebus dan Scaramucci.

“Saya berbesar hati memaklumka­n anda bahawa saya menamakan Jeneral/setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri, John F Kelly sebagai Ketua Turus Kakitangan Rumah Putih.

“Beliau seorang rakyat AS yang hebat dan pemimpin hebat. John juga sudah menjalanka­n tugas mengagumka­n dalam Kementeria­n Keselamata­n Dalam Negeri. Beliau menjadi bintang sebenar dalam pentadbira­n saya,” tulis Trump dalam Twitternya.

 ??  ?? Reince Priebus
Reince Priebus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia