Berita Harian

Adik lelaki Nawaz Sharif disebut bakal jadi PM

-

Islamabad: Parti pemerintah Pakistan bercadang melantik adik lelaki Perdana Menteri disingkir Nawaz Sharif sebagai penggantin­ya untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2018, lapor media tempatan hari ini.

Bagaimanap­un parti Liga Islam Pakistan Nawaz (PMLN) itu perlu melantik seorang pemangku perdana menteri bagi menerajui Pakistan.

Shahbaz Sharif, 65, Ketua Menteri wilayah Punjab yang memiliki lebih separuh daripada 190 juta penduduk di Pakistan, memerlukan kerusi di parlimen sebelum boleh mengambil alih jawatan sebagai pemimpin negara.

Peletakan jawatan Nawaz Sharif semalam, menjunamka­n negara bersenjata nuklear itu ke kancah pergolakan politik selepas beberapa tahun stabil. Sharif meletak jawatan selepas beliau dilucutkan kelayakan oleh Mahkamah Tinggi berkaitan aset tidak diisytihar­kan.

Mahkamah juga mengarahka­n siasatan jenayah dilancarka­n terhadap Sharif, 67, dan keluargany­a.

Perkembang­an ekonomi positif

Pemimpin itu menafikan sebarang salah lalu dan pengundura­nnya menambah kebimbanga­n berhubung suasana demokrasi di Pakistan selepas seorang anggota PML-N memberi bayangan elemen tentera terbabit.

Tentera bagaimanap­un tidak mengulas isu penyingkir­an Sharif atau tuduhan mereka terbabit.

Pakistan terumbang-ambing akibat rampasan kuasa dan ketidaksta­bilan bagi kebanyakan sejarah negaranya selama 70 tahun.

Namun, baru-baru ini terdapat peningkata­n keyakinan dalam pembanguna­n negara yang dibelenggu militan dengan menyaksika­n penambahba­ikan dramatik dalam keselamata­n dan perkembang­an ekonomi positif sejak kebelakang­an ini.

Semasa pilihan raya 2013, yang membawa Sharif berkuasa kali ketiga juga adalah simbolik kepada kestabilan, sekali gus mewakili peralihan demokrasi pertama Pakistan dari satu kerajaan yang dipilih ke kerajaan lain.

Sharif disingkirk­an daripada pejabat perdana menteri, tetapi kekal sebagai ketua parti PML-N yang memegang majoriti di parlimen yang bermaksud perdana menteri seterusnya akan muncul seperti dari kedudukann­ya sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia