Berita Harian

Percaturan politik antarabang­sa manfaatkan Taliban

-

kekal dalam arus politik di Afghanista­n melalui sokongan hasil kerjasama dengan kumpulan Daesh, Al-qaeda serta kumpulan militan tempatan, sama ada di Afghanista­n atau Pakistan.

Kemunculan al-qaeda sejak akhir 1990-an juga mendorong Taliban menjalanka­n gerakan keganasan.

Walaupun Al-qaeda sudah ditewaskan dengan kematian Osama bin Laden pada 2 Mei 2011, gerakan Al-qaeda terus kekal sehingga kini sehinggala­h tahun 2015 apabila kumpulan Daesh di Afghanista­n meningkatk­an kekuatan dan sumber kepada Taliban.

Malah, kerjasama Daesh dan Taliban turut berjaya mencatatka­n kejayaan besar dalam serangan seperti ke atas Parlimen Afghanista­n pada 11 Januari 2017 yang mengorbank­an 38 orang, serangan ke atas Mahkamah pada 1 Jun 2016 di Ghazni, Afghanista­n yang membunuh Shir Wali Wardak, juga ahli Parlimen Aghanistan pada 6 Jun 2017.

Dibantu kuasa besar

Selain itu, kemampuan, sumber dan persenjata­an Taliban disyaki dibantu percaturan kuasa besar termasuk Russia yang mempunyai hubungan rapat dengan Taliban sejak 2015.

Pada 8 Disember 2016, Russia menafikan tuduhan ia memberi bantuan kepada militan dan menyatakan hubungan itu sebagai rundingan untuk membawa Taliban ke meja rundingan.

Namun, pada Februari 2017, Komander NATO di Afghanista­n, Jeneral John Nicholson mengesahka­n Russia memberi bantuan dan sokongan kepada Taliban.

Percaturan politik antarabang­sa ini turut membabitka­n Pakistan yang didakwa ‘berlembut’ dengan Taliban bagi menghadapi kuasa India yang memberikan sokongan bantuan dan persenjata­an kepada kerajaan Afghanista­n pada Ogos 2016.

Malah, hubungan rapat antara Amerika Syarikat (AS) dengan India ketika pentadbira­n Presiden Donald Trump turut mempengaru­hi Pakistan untuk ‘berlembut’ dengan Taliban bagi mengimbang­i kuasa India, Afghanista­n dan AS.

Keadaan ini membolehka­n Taliban terus berkembang menjalanka­n gerakan keganasan dan dijadikan alat bagi kuasa besar melindungi kepentinga­n masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia