Berita Harian

Kid Rock pertimbang tanding dalam Senat AS

-

Los Angeles: Kid Rock, penyokong lantang Presiden Republikan Donald Trump berkata barubaru ini, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu lagi jika mahu bertanding dalam Senat Amerika Syarikat (AS).

Penyanyi dan penulis lagu itu dalam satu kenyataan berkata, beliau ketika ini dalam misi mendaftark­an pengundi.

Beliau berkata, pihaknya bercadang menubuhkan organisasi tanpa keuntungan untuk mengumpul wang bagi mempromosi pendaftara­n pengundi selain mendaftark­an penduduk ketika pertunjuka­n ketika meneliti bertanding menjelang 2018.

“Satu perkara yang saya lihat secara berterusan ialah walaupun rakyat tidak gembira dengan kerajaan, terlalu sedikit yang mendaftar untuk mengundi atau berbuat apaapa mengenainy­a,” katanya.

Rock berkata, beliau akan membincang­kan rancangan politiknya dalam sidang media bakal diadakan enam minggu lagi.

“Jika saya memutuskan untuk bertanding dalam Senat AS, percayalah ia satu cabaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, Rock menarik perhatian di Twitter dan ruangan Facebook miliknya apabila menghubung­kan laman web bertajuk ‘Kid Rock ‘18 for U.S. Senate’, mencetuska­n spekulasi selebriti berusia 46 tahun dari Michigan itu akan bertanding tahun depan.

“Saya mendapat banyak maklum balas daripada pemimpin masyarakat, pakar di DC (Washington) dan golongan kolar biru yang sudah letih dengan keadaan politik tidak menentu, sama ada haluan kiri atau kanan,” katanya.

Penghibur dengan nama sebenar Robert James Ritchie itu menjadi terkenal pada 1998 apabila album awalnya ‘Devil Without a Cause’ terjual 14 juta salinan.

Beliau kemudian menjadi terkenal apabila berpacaran dengan aktres Pamela Anderson dan perkahwina­n seketika mereka pada 2006. AGENSI

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Kid Rock akan membuat keputusan untuk bertanding dalam Senat AS beberapa minggu lagi.
[ FOTO AGENSI ] Kid Rock akan membuat keputusan untuk bertanding dalam Senat AS beberapa minggu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia