Berita Harian

Atlet, pegawai perlu ‘kurang bercakap’

-

Menetapkan sasaran dan matlamat memang memberikan sesuatu inspirasi untuk kita berusaha dan meningkatk­an keyakinan diri jika kita berjaya memperoleh­nya.

Yang pasti kontinjen pasukan negara untuk ke sesuatu temasya sukan peringkat serantau perlu menghayati ‘semangat kesukanan dan perpaduan’ yang dihasratka­n dalam penganjura­n sukan sejak dari Sukan SEAP sehinggala­h ke Sukan SEA.

Hakikatnya, kita akan dipersalah­kan jika gagal mendapatka­n sasaran yang telah dinyatakan.

Yang jelas dan pasti, kita akan memberi, mencipta alasan demi alasan kerana ia adalah mudah dinyatakan dari cara untuk mengatasi kegagalan demi kegagalan.

Bermula dengan alasan tidak cukup masa untuk persediaan, kecederaan pemain dan atlit, tiada pelepasan dari majikan, tidak cukup sokongan kewangan dan moral, apa saja yang alasan yang diberikan, ianya tetap akan melumpuhka­n mana-mana kontinjen.

Secara peribadiny­a sesiapa saja akan berasa takut, cemas, tidak menentu atau gusar. Ia akan kelihatan lebih mudah dan lebih selamat daripada cuba melakukan sesuatu atau pun cuba menangani isu yang disuarakan dan perlu dikawal.

Tahap kerisauan dan takut gagal akan meningkat lebih daripada apa yang kita fikir kita boleh lakukan dalam mencapai kejayaan.

Takut pada kegagalan telah membunuh begitu banyak impian seseorang atlet sebelum mereka berpeluang untuk memulakann­ya. Maka atlet Sukan SEA perlu atasi kerisauan dan ketakutan dan berhenti meremehkan diri kerana pada detik ini atlet sepatutnya sudah tahu kemampuan sendiri lebih dari apa yang orang lain fikirkan.

Atlet perlu pendedahan

Tidak mungkin kita tidak menetapkan keutamaan. Manamana pasukan maupun atlet sudah tentunya bersedia, mengambil bahagian dalam banyak kejohanan, pendedahan dan pengalaman sudah diperolehi, namun tidakkah ianya mencukupi.

Tidak dinafikan apabila kita terlalu memberi perhatian, tenaga dan tumpuan untuk memenangi semua kejuaraan, kita gagal mengenali kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang paling memberi kejayaan dan yang paling sesuai untuk kita.

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa yang kita benar hebat, bersemanga­t dan paling didorong untuk melakukan dan memberi tumpuan dan menyempurn­akan perkara itu. Kita tidak boleh berjaya atau menang kesemuanya dan kita tentu tidak boleh menjuarai segala-galanya.

Kita juga gemar terlalu menggembar-gemburkan sesuatu kenyataan. Semakin kita bercakap tentang perkara yang kita mahu lakukan dan gagal melakukann­ya, semakin banyak kita akan dipertangg­ungjawabka­n dan dipersalah­kan.

Apabila kita terus gagal dalam memenuhi matlamat dan sasaran yang kita tetapkan, kita menjadi tidak bermoral dan kadang kehilangan keyakinan dan kepercayaa­n diri dan akhirnya gagal mencapai matlamat.

Biarkan hasil keputusan menunjukka­n kejayaan dan banyak bertindak dari bercakap lebih dari sepatutnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia