Berita Harian

Perebutan juara Liga Perdana semakin mendebarka­n

-

Kancah Liga Perdana sudah hampir di peringkat penghujung iaitu hanya berbaki empat perlawanan yang perlu diharungi oleh setiap pasukan. Siapakah yang berhak menjadi juara?

Agak sukar diramalkan kerana setakat ini empat pasukan teratas saling bertukar ganti setiap minggu menduduki tempat pertama.

Dalam perlawanan yang ke-18, Kuala Lumpur yang sentiasa menjeling untuk naik ke Liga Super semula dengan mudah menundukka­n PDRM 3-0 manakala Terengganu hanya mampu seri dengan Negeri Sembilan 2-2.

Pendatang baharu, PKNP FC turut melakarkan kemenangan dengan menumpaska­n Perlis 2-0. Jadi kedudukan carta empat pasukan teratas sehingga sekarang adalah seperti jadual.

Dengan jumlah 38 mata maka Kuala Lumpur dan Terengganu akan dicabar hebat oleh Negeri Sembilan serta PKNP FC yang kurang satu mata daripada pendahulu liga Kuala Lumpur.

Keempat-empat pasukan nampaknya berada dalam landasan seimbang untuk menjadi juara atau naib juara sekali gus berpeluang untuk melompat ke Liga Super pada saingan Liga Malaysia tahun hadapan.

Mengikut sejarah, reputasi Kuala Lumpur tidak boleh diperkecil­kan kerana pernah menjadi juara Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut bermula pada tahun 1987.

Kehadiran pemain import yang berkualiti seperti Guilherme de Paula, Paola De Beis serta dipimpin jurulatih yang baharu iaitu Fabio Joaquim, Kuala Lumpur berkemungk­inan boleh menjadi juara.

Terengganu yang menduduki tempat kedua hanya dibeza dengan jumlah jaringan gol tidak sabar-sabar lagi untuk mendahului pencabar terdekatny­a.

Terengganu yang menduduki carta di atas pada perlawanan ke-17 terpaksa menyerah pula kepada Kuala Lumpur setelah hanya seri dengan Negeri Sembilan 2-2.

Sejak kemasukan import baharu, Kipre Tchetche dan Cabriel Davis Santos, bahagian serangan skuad Terengganu menjadi lebih mantap dan memperoleh kemenangan yang berterusan. Antaranya menumpaska­n Perlis 4-0, ATM 2-0 dan Kuala Lumpur 2-1.

Manakala seri kesemua perlawanan dalam kempen Piala Malaysia iaitu 1-1 dengan Selangor, JDT 0-0 dan Sarawak 0-0. Sementara itu pemain tempatan juga menunjukka­n komitmen yang tinggi dan memahami dengan kehendak jurulatih Irfan Bakti.

Apa yang menarik skuad Terengganu pada masa kini ialah boleh dikatakan kesemua pemain tempatan khasnya bahagian tengah dan sayap boleh menjaringk­an gol.

Jurulatih jadi penentu

Bagi Negeri Sembilan yang sudah lama mengidam untuk memasuki ke Liga Super juga tidak kurang hebat dan ia perlu diawasi oleh pasukan Terengganu dan juga Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan yang bersamasam­a dengan Terengganu dalam perlawanan separuh akhir Piala FA juga mempunyai peluang yang sama untuk menjadi juara.

Skuad Jang itu juga mempunyai pasukan yang konsisten dalam kempen Liga Perdana dan mempunyai penjaring-penjaring yang berbisa antaranya ialah Bruno Suzuki dan juga Jonathan Behe.

Pendatang baru yang dipimpin oleh Abu Bakar Fadzim dalam Liga Perdana iaitu PKNP FC tidak boleh dipandang rendah sejak akhirakhir ini.

Gandingan penyerang import iaitu Gilberto Valdenesio dan Kim Hweon-woo dengan penyerang tempatan Mohd Shahrel Fikri menyebabka­n pasukan lawan sering dibocori gol.

Maka perebutan juara Liga Perdana musim ini menjadi makin hebat dengan pasukan yang tidak kalah baki perlawanan mampu menjulang gelaran berkenaan.

Justeru jurulatih pula perlulah memberikan suntikan motivasi yang terbaik kepada semua pemain inilah detiknya bakal menyaksika­n pengalaman jurulatih menjadi pemisah apabila menggunaka­n ramuan dan rahsia taktikal yang tersendiri dalam mengejar gelaran juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia