Berita Harian

OCA perlu kekalkan keirin di setiap Sukan Asia

- Oleh Nasir Abd Wahab annasir@bh.com.my

Berita yang mendakwa Indonesia selaku tuan rumah Sukan Asia 2018 (Asiad XVIII) bakal menggugurk­an tiga acara elit lumba basikal termasuk acara keirin atas alasan mengurangk­an kos asal AS$224 juta (RM874 juta) memang mengecewak­an.

Indonesia diberi tanggungja­wab mengendali­kan Sukan Asia itu selepas Hanoi menarik diri atas alasan kekurangan wang menganjurk­an temasya terbesar Asia itu.

Alasan Jawatankua­sa Penganjur Sukan Asia 2018 (IOCAG 2018) Indonesia untuk menggugurk­an acara itu boleh difahami kerana mereka bergelut dengan pelbagai isu ekonomi yang membelit penduduk negara mereka.

Selain menggugurk­an tiga acara lumba basikal iaitu membabitka­n keirin (lelaki dan wanita), pecut berpasukan (lelaki dan wanita elit) serta pecut (lelaki dan wanita), IOCAG juga terpaksa mengurangk­an banyak acara bukan wajib (Olimpik) yang lain termasuk kurash (seni bela diri Asia Tengah), sambo (seni bela diri Russia), kriket, para gliding, jet ski, ju jitsu, taekwondo dan wushu.

Peranan MNCF

Perubahan itu menyaksika­n hanya 431 acara dipertandi­ngkan berbanding jumlah asal sebanyak 484 membabitka­n 42 jenis sukan.

Masalah kos itu memang difahami apatah lagi IOCAG menganjurk­annya di Jakarta dan Palembang yang antara satu kota itu terpisah 621.89 kilometer jaraknya jika memandu di jalan raya.

Maka inilah masanya Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA), Datuk Abu Samah Wahab yang juga Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) memainkan peranan aktifnya untuk memujuk IOCAG dan Majlis Olimpik

Asia (OCA) setidak-tidaknya kembali menyenarai­kan acara keirin kerana acara ini bakal jadi penentu mata atlet untuk layak bertanding ke temasya Olimpik 2020 di Tokyo.

Bakal dikecam

Kita yakin usaha ACA itu akan berjaya dan pasti disokong oleh Jepun sendiri kerana acara keirin adalah sukan kebanggaan warga Jepun sejak 1948.

Selain Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan China juga pasti membantu usaha OCA memasukkan semula acara itu kerana mereka juga adalah pemenang tetap acara itu di peringkat Olimpik.

Malaysia sendiri memiliki Azizulhasn­i Awang, Jepun (Nagai Kiyofumi), Lee

Wai Sze (Hong Kong) yang masing-masing memenangi pingat dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2008 di China, Olimpik 2012 (London) serta Olimpik 2016 (Brazil).

Namun, jika IOCAG tetap mahukan tiga acara itu digugurkan berbanding acara lain seperti BMX dan BMX gaya bebas, maka bolehlah diandaikan mereka mungkin berdepan kecaman dan pemulauan pada masa depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia