Berita Harian

Barca berpeluang kurangkan harga Coutinho

-

London: Liverpool berminat dengan perjanjian perpindaha­n pemain tengah Barcelona, Rafinha ketika kelab Sepanyol itu terus memburu Philippe Coutinho, menurut laporan di Sepanyol.

Mundo Deportivo mendakwa Jurgen Klopp berjuang untuk mengekalka­n pemain antarabang­sa Brazil itu di Anfield.

Namun, Coutinho sudah memaklumka­n kepada pengurus Liverpool itu bahawa dia mahu berpindah ke Camp Nou pada musim panas ini.

Laporan itu juga mendakwa bahawa Klopp berminat dalam perjanjian untuk Rafinha dan meminta Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards memastikan The Reds berada di depan pesaing mereka dalam perlumbaan untuk mendapatka­n pemain berusia 24 tahun itu.

Malah, sebelum Barcelona meningkatk­an usaha untuk menandatan­gani Coutinho, Klopp berminat dengan Rafinha dan Liverpool bersedia menawarkan antara 30 juta pound (RM150 juta) hingga 40 juta pound (RM201 juta).

Rafinha sedia ke Anfield

Rafinha akan bersedia untuk berpindah ke Anfield kerana dia mahu menyertai skuad Brazil pada Piala Dunia tahun depan dan persaingan merebut tempat di Barcelona tidak memungkink­an dia mendapat masa permainan yang cukup untuk menonjolka­n diri.

Liverpool mahu tawaran Coutinho dan Rafinha dibuat secara berasingan tetapi Barca boleh menggunaka­n minat The Reds terhadap bintang Brazil itu untuk menurunkan harga Coutinho.

Klopp menuntut 120 juta pound (RM603 juta) untuk pemain berusia 25 tahun, yang melebihi 80 juta pound (RM402 juta) tawaran yang dibuat Barcelona setakat ini.

Pengurus Liverpool itu juga dilaporkan tidak gembira apabila pertemuan berlangsun­g di London antara tiga wakil Barcelona, Raul Sanllehi, Robert Fernandez dan Andre Cury dengan ejen Coutinho.

 ??  ?? Angel Di Maria Eden Hazard
Angel Di Maria Eden Hazard
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia