Berita Harian

City tunggu Sanchez dengan tangan terbuka

Rundingan lanjutan kontrak pemain antarabang­sa Chile dengan Arsenal sudah terhenti

-

Manchester City menunggu Alexis Sanchez ‘dengan tangan terbuka’ selepas bintang Arsenal itu mula menunjukka­n rasa ragu-ragu untuk kekal di Emirates.

Hanya kurang 24 jam selepas pengurus, Arsene Wenger mengesahka­n Sanchez akan kembali ke pangkuan pasukan daripada cuti musim panas, tonggak antarabang­sa Chile itu memuat naik sekeping gambar di media sosial dan mendakwa sedang sakit.

Segala perancanga­n pramusim buat Sanchez hanya akan diubah selepas penilaian dilakukan dibuat ke atasnya.

Sanchez kini masih memiliki kontrak setahun setengah dan rundingan untuk lanjutan sudah pun terhenti sekali gus menimbulka­n tanda tanya mengenai masa depannya.

Dalam masa sama, Sanchez pada bulan lalu sudah memberitah­u rakannya yang dia mahu meninggalk­an Arsenal. “Saya sudah pun buat keputusan namun kini bergantung kepada Arsenal dan lihat apa mereka mahu.”

Tangguhkan kepulangan ke Emirates

Tindakan Sanchez yang seakan cuba menangguhk­an kepulangan­nya mungkin berkait rapat dengan minat yang ditunjukka­n oleh City dan Paris Saint-germain.

“Jika dia ambil keputusan untuk berhijrah, kami dalam pasukan City akan tungu kehadirann­ya dengan tangan terbuka,” kata penjaga gol City, Claudio Bravo yang juga rakan sepasukan Sanchez dalam skuad kebangsaan Chile.

Bagaimanap­un, Wenger kekal mengatakan Sanchez tidak akan ke mana-mana pada sesi perpindaha­n musim panas kali ini dan keputusan itu adalah muktamad.

“Sanchez membayangi Emirates. Arsene Wenger katakan beliau berazam tidak jual pemain itu sedangkan Sanchez sendiri bercitacit­a untuk meninggalk­an kelab,” kata bekas penyerang Arsenal, Alan Smith.

Jika dia ambil keputusan untuk berhijrah, kami dalam pasukan City akan tungu kehadirann­ya dengan tangan terbuka” Claudio Bravo, Penjaga gol Man City

 ??  ?? Sanchez (kanan) sedia tinggalkan The Gunners.
Sanchez (kanan) sedia tinggalkan The Gunners.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia