Berita Harian

Conte buat Pochettino berang

-

London: Mauricio Pochettino jelas berang dengan kenyataan Antonio Conte mengenai Tottenham Hotspur dan menggesa bos Chelsea itu supaya lebih menghormat­i orang lain.

Conte tampak seperti ingin melancarka­n perang saraf terhadap Pochettino dengan mengatakan ia bukan ‘tragedi’ jika Tottenham tidak memenangi Liga Perdana atau Juara-juara kerana keinginan dan jangkaan mereka tidak setinggi The Blues.

Pengendali dari Itali itu turut mendedahka­n dia akan membeli Harry Kane andai berpeluang selepas menggelar penggempur Spurs dan England itu ‘penyerang yang lengkap’.

“Ia membuatkan saya tergelak apabila dia bercakap mengenai Harry Kane kerana saya tidak tahu kenapa orang lain terlalu fokus dengan pemain dan juga kelab saya,” kata Pochettino yang menamatkan kempen liga sebagai naib juara, musim lalu.

Chelsea berbelanja besar

“Saya menghormat­i setiap pandangan. Saya amat menghormat­i pemain, kelab, pengurus dan juga pemilik kelab lain.

“Kerja saya adalah untuk fokus dengan pemain dan pasukan saya dan cuba bekerja dengan pengarah kelab, peminat, semua yang terbabit dengan kelab.

“Saya bukan pengurus yang gemar untuk bercakap mengenai kelab atau pengurus lain. Saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk bersaing dan cuba untuk menang kerana ia adalah mentaliti kami,” katanya.

Ketika Chelsea sudah membelanja­kan lebih 130 juta pound (RM731.22 juta), Tottenham tidak mengeluark­an sesen pun pada jendela perpindaha­n kali ini.

“Benar bagi kelab lain apabila mereka berbelanja sejumlah wang, jangkaan dan tekanan adalah besar namun situasi kami juga sama kerana kami mempunyai sasaran kami sendiri.

“Saya fikir penting untuk kekal tenang, hormati semua pandangan. Kamu tidak perlu bercakap mengenai kelab lain kerana penting untuk kami fokus terhadap kelab kamu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia