Berita Harian

Isteri anggota AADK hidap darah tinggi, lumpuh rayu bantuan

-

Kota Bharu: Selepas menghidap penyakit darah tinggi kronik sejak 11 tahun lalu, keadaan seorang anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertambah teruk kerana diserang penyakit angin ahmar, lima bulan lalu.

Kini, Shamsul Azham Zakaria, 49, hanya berbaring selain kehilangan upaya untuk bersuara dan menggerakk­an lidah kerana sering diserang sawan yang hampir setiap hari.

Isterinya, Hannah Abdullah, 49, berkata suaminya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota AADK Jeli, diserang kekejangan di lidah ketika menyertai operasi menahan penagih dadah pada 2006.

Katanya, berikutan itu, suaminya tidak dapat bercakap dan terpaksa makan dan minum menggunaka­n tiub

“Pada Mac lalu, kesihatan suami semakin terjejas apabila diserang angin ahmar dan hanya terlantar di rumah,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Taman Perumahan Makmur, Kok Lanas, di sini, semalam.

Katanya, setiap minggu, mereka memerlukan RM300 untuk membeli susu khas, ubatan dan kos ulang alik ke Hospital Machang.

Sara empat anak

Selain itu, katanya, dia juga perlu menyara empat daripada enam anak yang masih belajar iaitu Muhammad Danial Akif, 19; Nor Farhana Amalin, 16; Muhammad Danish Atiq, 12 dan Nur Irdina Amalin, 11.

“Sebelum ini, saya bekerja menjual nasi, namun sejak keadaan suami semakin teruk, saya perlu sentiasa bersamanya.

“Kini, saya buntu memikirkan nasib keluarga kami dan hanya mengharap ihsan saudara dan rakan untuk makan minum... sewa rumah pun sudah tertunggak beberapa bulan,” katanya.

Hannah berkata, dia berharap ada pihak yang sudi menyumbang modal untuk dia membuka warung di hadapan rumahnya supaya dapat meringanka­n beban keluarga.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan, boleh menghubung­i Hannah di talian 014-2971455.

 ?? [FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH] ?? Hannah memberi makan kepada Shamsul Azham ketika ditemui di rumahnya di di Taman Perumahan Makmur, Kok Lanas.
[FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH] Hannah memberi makan kepada Shamsul Azham ketika ditemui di rumahnya di di Taman Perumahan Makmur, Kok Lanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia