Berita Harian

Mati ditinggal sendirian dalam besen

-

Limbang: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badannya selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di rumahnya di Kampung Terimah, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu ditemui kira-kira jam 4.20 petang oleh ibu tirinya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditinggalk­an bermain air dalam besen.

Sumber memberitah­u BH, mangsa dikatakan ditinggalk­an sendirian di dalam bilik mandi itu sementara ibu tirinya bergegas ke dapur untuk memadam api dapur.

Beliau berkata, melihat keadaan mangsa yang tidak bernyawa, ibu tiri yang berusia 23 tahun itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaa­n lanjut.

Kesan lebam, cedera

“Sebaik tiba di hospital, pasukan perubatan melakukan pemeriksaa­n lanjut sebelum mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan doktor menemui kesan lebam pada dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung kanakkanak itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang, Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan berkata setakat ini polis mengklasif­ikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, berikutan terdapat kecederaan yang dialami kanak-kanak itu, bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian sama ada mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri, Isnin ini dan sebarang perkembang­an mengenai siasatan akan dimaklumka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia