Berita Harian

Wartawan sambilan BH terima anugerah khas PERKAM

-

Muallim: Wartawan sambilan BH, Rosman Shamsudin, 45, menerima Anugerah Khas Kebangsaan Wartawan Mesra Alam daripada Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM) di sini, semalam.

Anugerah itu diterima sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia 2017 Peringkat Kebangsaan anjuran PERKAM disampaika­n P Pannirselv­am mewakili Presiden Yayasan Pemulihan Kebajikan dan Perumahan 1Malaysia , Datuk Shasi Murugan.

Rosman dipilih menerima anugerah itu atas komitmenny­a melaporkan berita mengenai kepentinga­n memelihara dan memulihara alam serta aktiviti membabitka­n PERKAM dalam mendidik masyarakat mencintai alam sekitar.

Rosman sebelum ini pernah menerima anugerah khas berkaitan alam sekitar dua tahun lalu daripada Green Ranger Malaysia (GRM) bagi menghargai sumbangan se- panjang 17 tahun berkhidmat sebagai wartawan sambilan.

Presiden PERKAM, Dr S Santharase­karan berkata, akhbar menjadi medium utama di negara ini untuk menyebarka­n maklumat mengenai kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar yang semakin terancam.

Prihatin isu alam sekitar

Beliau berkata, masyarakat terutama golongan muda yang bakal mewarisi khazanah alam negara perlu sedar dan prihatin mengenai isu alam sekitar bagi menjamin keseimbang­an antara ekosistem alam sekitar dan pembanguna­n pesat negara ini.

Katanya, saban hari BH melaporkan berita dan rencana sama ada mengenai kemusnahan alam dan aktiviti pemelihara­an serta pemulihara­an alam sekitar bertujuan mendidik masyarakat menghargai alam sekitar.

“Komitmen dan kerjasama BH banyak membantu PERKAM dalam menyampaik­an mesej kepada masyarakat melalui berita atau sisipan yang terdapat dalam BH.

“Pelbagai program pendidikan alam sekitar dan aktiviti PERKAM sering dipaparkan dalam akhbar ini serta secara tidak langsung menyedarka­n masyarakat mengenai fungsi dan peranan PERKAM di negara ini,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Harimau Global 2017 di Dataran Aman Jaya, di sini, semalam.

Sementara itu Perak menjadi negeri pertama di Malaysia mendaftark­an Taman Negeri Royal Belum sebagai pusat konservasi harimau yang melaksanaa­n konsep Konservasi Terjamin Harimau atau ‘Conservati­on Assured|tiger Standard’ (CA|TS), sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara yang melaksanak­an konsep berkenaan.

 ??  ?? Rosman (tengah) bersama P Pannirselv­am (kanan) dan Presiden PERKAM, Dr S Santharase­karan ketika menerima anugerah sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia 2017 Peringkat Kebangsaan di Muallim, semalam.
Rosman (tengah) bersama P Pannirselv­am (kanan) dan Presiden PERKAM, Dr S Santharase­karan ketika menerima anugerah sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia 2017 Peringkat Kebangsaan di Muallim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia