Berita Harian

Makan durian sepuasnya di MATIC

Tarikan istimewa pelancong ke Kuala Lumpur menerusi produk buah-buahan tempatan

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Pelbagai cara dilakukan oleh pengurusan Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC) untuk menarik kehadiran pengunjung, khususnya pelawat yang sedang bercuti di ibu negara.

Ini bertujuan untuk menggalakk­an aktiviti pelanconga­n sama ada kepada pengunjung domestik mahupun dari luar negara.

Kedudukann­ya di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadikan MATIC sangat senang dikunjungi jika ada aktiviti menarik dipremis itu.

Tambahan pula ia dikeliling­i mercu tanda negara seperti Menara Berkembar PETRONAS yang menjadi produk pelanconga­n terkemuka.

Buah berkualiti, harga berpatutan

Dalam usaha menggalakk­an pengunjung mengenali Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n buah-buahan, khususnya di ibu kota, sekali gus menikmati hasil tani bermutu tinggi, MATIC memperkena­lkan produk Durian dan Buah-buahan Tropika Malaysia di kawasan letak kereta bersebelah­an ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sejak 4 Jun lalu.

Produk Durian dan Buah-buahan Tropika Malaysia ini adalah salah satu tarikan terbaharu di MATIC. Pengunjung yang bertandang menikmati buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan pisang dalam persekitar­an yang selamat, tiada penipuan harga, tempat letak kereta luas dan meja makan disediakan serta kualiti buah-buahan terjamin.

Pelengkap segmen makanan

Pengarah MATIC, Zain Azrai Rashid berkata, produk Durian dan Buah-buahan Tropika Malaysia adalah seiring dengan inisiatif MATIC untuk menarik kunjungan pelancong melalui kepelbagai­an aktiviti demi merangsang industri pelanconga­n serta kebudayaan, khususnya agropelanc­ongan di bandar raya Kuala Lumpur.

“Malaysia sememangny­a terkenal dengan pelanconga­n makanan, termasuk buah-buahan tempatan, malahan pengunjung tempatan ingin mencari buah-buahan segar apabila bercuti di Kuala Lumpur” katanya.

Trak durian di MATIC beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga lewat malam. Hubungi 03 9235 4800 untuk maklumat lanjut.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL-SHAFIQ / BH ] ?? Trak durian di pekarangan letak kereta MATIC beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga lewat malam.
[ FOTO ZUNNUR AL-SHAFIQ / BH ] Trak durian di pekarangan letak kereta MATIC beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga lewat malam.
 ??  ?? Zain Azrai Rashid
Zain Azrai Rashid
 ??  ?? Objektif MATIC berperanan sebagai pusat sehenti yang unggul dan berdaya saing untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.
Objektif MATIC berperanan sebagai pusat sehenti yang unggul dan berdaya saing untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.
 ??  ?? Pelancong asing sedang menikmati durian bermutu tinggi dalam persekitar­an selesa.
Pelancong asing sedang menikmati durian bermutu tinggi dalam persekitar­an selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia