Berita Harian

Pesona ibu negara dari Skybridge KLCC

Pengunjung ketepikan rasa gayat berada di jejantas udara Menara Berkembar PETRONAS

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Menara Berkembar PETRONAS sudah dikenali seantero dunia dan menjadi sebahagian daripada mercu tanda Malaysia, sekali gus menobatkan negara kita cukup terkenal di persada antarabang­sa.

Dua menara ini dihubungka­n oleh jejantas udara menjadi tarikan pengunjung apabila bertandang ke Menara Berkembar PETRONAS. Pastinya ramai yang teruja untuk melintasi jejantas udara dikenali sebagai The Skybridge KLCC ini, seterusnya melihat panorama kota raya Kuala Lumpur dari tingkat 41 menara berkenaan.

Tapi, penulis tertanya-tanya juga, hendak naik dari mana?

Bukan saja penulis, kemungkina­n besar ramai yang teringin untuk merasai pengalaman berada di jejantas udara yang menghubung­kan dua menara kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Penunjuk arah kurang jelas

Sebaik saja melangkah ke pusat belibelah KLCC, penulis puas mencari papan tanda arah menuju ke The Skybridge.

Akhirnya pengawal keselamata­n memaklumka­n jika ingin naik ke jejantas udara KLCC, pengunjung perlu ke Aras Concourse, Menara Berkembar PETRONAS berdekatan atau terletak berhadapan kaunter jualan tiket box office di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP).

Pun begitu, ada apa di jejantas udara atau Skybridge KLCC, cantik ke pemandanga­n dari atas sana?

Itu persoalan di fikiran penulis yang tidak pernah ke The Skybridge walaupun lebih 20 tahun Menara Berkembar PETRONAS siap dibina.

Burj Khalifa di Dubai sudah diterokai, malah ada rakan setugas tidak menghadapi masalah untuk naik ke pelantar pemerhati di Menara 101 Taipei di Taiwan.

Panorama KL menakjubka­n

Sebaik saja penulis menjejakka­n kaki di The Skybridge, perasaan bangga dan teruja bercampur-baur.

Sememangny­a, ia tidak sesuai untuk mereka yang gayat atau fobia berada di tempat tinggi.

Bagaimanap­un, dari aras ini, pemandanga­n bandar raya Kuala Lumpur daripada sudut 360 darjah begitu mempesona dan menakjubka­n! Tingkap jejantas udara yang diperbuat daripada kanta pembesar atau magnifying glass menjadikan semua objek yang berada di bawah seolaholah dekat dengan anda, puas melihat panorama bangunan pencakar langit lain dan kehijauan taman di sekeliling­nya.

Dua pelancong dari Ireland, iaitu John O‘connor dan isterinya, Emer mengakui sudah dua kali mereka berkunjung ke Skybridge.

“Kami suka Malaysia, lebihlebih lagi kota kosmopolit­an seperti Kuala Lumpur.

“Apabila berkunjung ke KL, kami pasti berkunjung ke Skybridge dan ini lawatan kali kedua, pemandanga­n dari sini mempesona, kami benarbenar jatuh cinta dengan Kuala Lumpur! Aktiviti wajib apabila berada di jejantas udara ini adalah berselfie.

“Pulang ke Ireland nanti, kami tunjuk kepada kawankawan panorama yang indah ini,” kata John sebaik selesai selfie bersama isterinya.

Hanya dibenarkan 15 minit

Bagi pengunjung yang berminat untuk meneroka dan merasai pengalaman berada di The Skybridge, anda hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter.

Tingkat 86 ini menempatka­n pelantar pemandanga­n bagi menyaksika­n panorama lebih menakjubka­n! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.

Sebagai maklumat tambahan, Skybridge tidak sepenuhnya ‘melekat’ pada Menara 1 dan Menara 2, sebaliknya ada jurang atau ruang sebanyak 25.4 sentimeter yang memisahkan­nya daripada struktur utama. Jejantas udara berkenaan mampu bertahan, tidak akan retak atau patah sehingga kelajuan maksimum angin yang bertiup pada kiraan 160 kilometer/sejam!

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/ BH] ?? Dalam sehari, The Skybridge hanya boleh menerima 1,440 pengunjung sahaja.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/ BH] Dalam sehari, The Skybridge hanya boleh menerima 1,440 pengunjung sahaja.
 ??  ?? Pasangan pelancong dari Ireland sudah dua kali berkunjung ke jejantas udara KLCC.
Pasangan pelancong dari Ireland sudah dua kali berkunjung ke jejantas udara KLCC.
 ??  ?? Pemandanga­n Skybridge KLCC pada waktu malam.
Pemandanga­n Skybridge KLCC pada waktu malam.
 ??  ?? Panorama yang indah ini boleh dinikmati apabila berada di Aras 41, Menara 2, MPC.
Panorama yang indah ini boleh dinikmati apabila berada di Aras 41, Menara 2, MPC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia