Berita Harian

Kelazatan makan udang kara segar

Dimasak guna rempah ratus, tidak hilangkan keaslian rasa

- Oleh Sophia Ahmad

Resipi terbaik Lobster Thermidor atau Udang Kara Thermidor di dunia dikatakan dihasilkan sebuah restoran mewah di Perancis, dikenali sebagai Chez Marie dan sudah wujud seawal tahun 1894!

Untuk mengunjung­i restoran itu, pastinya belanja yang diperlukan bukan sedikit. Justeru apakah anda hanya mampu menelan keinginan untuk menikmati hidangan selazat itu?

Jangan bimbang. Resipi lazat itu kini sudah berada dalam jangkauan anda. Apa yang perlu dilakukan hanya memandu ke Taman Tun Dr Ismail dan singgah di restoran Bae’reh Fusion & Steak Hub.

Dengan membayar kira-kira RM170, anda boleh menikmati hidangan Udang Kara Thermidor yang segar dan sedap, dimasak cukup sempurna menggunaka­n rempah ratus tanpa menghilang­kan rasa asli hidangan laut berkenaan.

Harga setimpal kualiti

Harganya terlalu mahal? Percayalah, saat anda menyuap isi udang, soal harga tidak lagi timbul kerana ia sudah terlalu murah jika dibandingk­an dengan kebanyakan restoran makanan laut lain, khususnya di bandar besar.

Apa yang penting, udang kara di Bae’reh masih hidup ketika diambil dari akuarium, sekali gus menjamin kesegaran dan kualitinya.

Bae’reh yang mula beroperasi 7 April lalu adalah gabungan ilham pasangan suami isteri, Mohd Kamal Ros Nizam Kammaruzam­an, 29 dan Nurul Nadia Md Zaman, 29.

Memperkena­lkan hidangan berkonsep fusion Barat, restoran ini wajar menjadi pilihan kerana kualiti makanan yang ditawarkan jauh mengatasi harga dikenakan.

Terdiri daripada pelbagai resipi Itali, Jepun, Korea, Asia Barat dan Barat, ia diadun rapi dengan sentuhan fusion bagi menambat selera pelanggan khususnya masyarakat tempatan yang gemarkan makanan pedas atau berempah.

Menu seperti Soft Shell Crab Pasta, Pull Beef Pizza, Honey BBQ Beef Ribs, rangkaian Big Mouth Burgers dan aneka minuman, boleh membuatkan anda rambang mata untuk memilih hidangan.

Mohd Kamal berkata, ilham menubuhkan Bae’reh datang ketika melihat pilihan terhad rangkaian restoran yang menawarkan menu fusion.

Sokongan tukang masak berpengala­man

Katanya, kualiti makanan di restoran sedia ada pula sering mengecewak­an dan tidak setimpal dengan harga dikenakan.

“Melihat keadaan ini, saya dan isteri mencuba nasib dengan Bae’reh. Kami bertuah kerana dibantu kenalan rapat yang sangat berpengala­man dalam dunia masakan.

“Kepakaran beliau ini membantu kami mendapat tukang masak hebat dan pembekal bahan mentah yang segar dan berkualiti tinggi pada harga sangat berpatutan.

“Dilihat dari luar, Bae’reh mungkin kelihatan seperti sebuah restoran mewah tetapi kecuali udang kara Thermidor, harga menu ditawarkan adalah sangat berpatutan,” katanya.

Selain walk in, Bae’reh turut memberikan perkhidmat­an untuk majlis peribadi dan pelanggan berhajat boleh menghubung­i talian 03 77337487 atau 017 6777558 (Nizam) untuk tempahan.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Kamal dan isteri, Nurul Nadia di hadapan Restoran Bae'reh Fusion Steak Hub, Taman Tun Dr Ismail.
Mohd Kamal dan isteri, Nurul Nadia di hadapan Restoran Bae'reh Fusion Steak Hub, Taman Tun Dr Ismail.
 ??  ?? Udang Kara Thermidor yang segar dimasak dengan rempah bermutu.
Udang Kara Thermidor yang segar dimasak dengan rempah bermutu.
 ??  ?? Grill Ribs antara hidangan istemewa di sini.
Grill Ribs antara hidangan istemewa di sini.
 ??  ?? Mohd Kamal melayan pelanggan.
Mohd Kamal melayan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia