Berita Harian

Petunjuk istikharah muncul pelbagai cara

-

Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada tiga keadaan. Rasulullah SAW bersabda: “Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada diri kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi.”

Menurut ahli takbir, mimpi daripada Allah SWT iaitu mimpi baik untuk dunia dan akhirat. Ia adalah khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat kepada-nya.

Sabda Rasulullah SAW: “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi: “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindung­an kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuati­rkan.” (Riwayat Muslim)

Mimpi batil atau permainan syaitan iaitu mimpi tidak dapat diperincik­an oleh orang yang bermimpi. Ertinya, orang bermimpi tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi itu dianggap batil dan tidak mempunyai makna.

Condong satu pilihan

Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembir­akannya maka hendaklah ia mengucapka­n ‘Alhamdulil­lah’ dan ceritakann­ya kepada orang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacit­akannya, maka mimpi itu adalah daripada syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapka­n isti’azah (A’uzubillahi­minasyaito­nirrojim) dan jangan ceritakan kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangk­an mudarat kepadanya.” (Riwayat Bukhari daripada Abi Sa’id)

Nafsu ada tiga iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran. Sesuatu yang seseorang itu lakukan atau khayalkan pada siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidur.

Contohnya, mimpi makan ketika sedang lapar, mimpi dianiayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti itu tidak mempunyai erti sama sekali.

Alamat atau tanda daripada Allah SWT apabila kita melakukan solat istikahara­h bukan sahaja datang dalam mimpi, ia juga datang dengan pelbagai cara. Berkemungk­inan perasaan dan hati kita lebih condong kepada salah satu pilihan yang ingin dibuat.

Mungkin kebaikan salah satu pilihan kita menonjol atau keburukann­ya juga terserlah hingga kita tidak minat pada yang satu lagi. Berkemungk­inan, kedua-duanya tidak baik untuk kita diberinya pula pilihan ketiga yang lebih baik.

Solat tujuh kali

Al-quran menunjukka­n, Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta sama ada baik atau buruk seperti firman bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurn­akannya. Maka Allah mengilhamk­an kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.” (Surah alsyams, ayat 7-8)

Ilham adalah pemberitah­uan Allah SWT kepada manusia biasa. Ia datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis menyebutka­n alamat itu datang melalui mimpi.

Panduan supaya solat istikharah dibuat sebanyak tujuh kali datang daripada hadis: “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikha­rahlah kepada Tuhanmu sebanyak tujuh kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu (dominan) di dalam hatimu.” (Riwayat Ibn Sunni daripada Anas, Al-hafidz Al-‘iraqi, An-nawawi)

Terdapat juga ulama seperti pandangan Ibn Hajar Al-‘asqolani, mereka yang melakukan solat iktikharah supaya tidak mempunyai kecenderun­gan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah.

Galakan menuruti tanda istikharah juga datang daripada sabda Nabi SAW: “Salah satu sumber kebahagiaa­n anak Adam adalah beristikha­rah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalk­an istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, At-tirmidzi)

Oleh itu, jadikanlah solat dua rakaat amalan berterusan di dalam semua urusan. Nabi SAW dan sahabat apabila menghadapi masalah atau kebuntuan, mereka akan solat dua rakaat. Salah satu solat sunat tidak ditinggalk­an sahabat adalah solat istikharah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia