Berita Harian

Khidmat badal haji peserta takaful

-

Mengerjaka­n ibadat haji salah satu daripada rukun Islam selain mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadan dan membayar zakat. Lazimnya jemaah haji telah mula meninggalk­an tanah air menuju ke Makkah bermula awal bulan Zulkaedah.

Ibadat haji secara istilahnya bermaksud mengunjung­i Kaabah di Makkah untuk beribadat kepada Allah SWT dengan menunaikan rukun dan syarat tertentu, pada waktu yang tertentu bagi umat Islam yang mampu menunaikan­nya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatk­an oleh Imam Bukhari dan Muslim, “Daripada Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah

SAW bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara; bersaksi tiada yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

Jelas dinyatakan kewajipan menunaikan ibadat haji adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang berkemampu­an tanpa mengira jantina, pangkat dan usia apabila cukup segala syarat untuk menyempurn­akan rukun Islam kelima itu.

Dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tunai atau sempurnaka­nlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”

(Surah al-baqarah, ayat 196)

Persediaan menyempurn­akan ibadat haji memerlukan semangat yang kuat dan menuntut seseorang itu membuat persiapan lengkap dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani dan tabungan kewangan yang mencukupi.

Upah haji

Bagaimanap­un, jika seseorang Muslim itu tidak mampu melakukan ibadat haji disebabkan keuzuran atau kematian sedangkan dirinya berkemampu­an, maka ibadah itu boleh dilaksanak­an secara ‘Badal Haji’ atau upah haji.

Badal bermaksud pengganti atau yang digantikan. Badal haji bermaksud menggantik­an orang lain melaksanak­an ibadat haji kerana adanya halangan kepada fizikal seperti orang sakit yang tidak sembuh, terlalu uzur disebabkan faktor usia atau kematian.

Hukum pelaksanaa­n badal haji adalah harus berdasarka­n pandangan jumhur ulama dalam kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali bersandark­an hadis Rasulullah SAW: “Daripada Ibnu Abbas, seorang perempuan daripada puak Khath’am telah datang menemui Rasululah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya ibadat haji telah difardukan oleh Allah ke atas hamba-nya ketika bapaku telah berusia lanjut dan tidak mampu lagi untuk berada di atas tunggangan (untuk bermusafir menunaikan haji), adakah dia wajib mengqada dengan cara aku lakukan ibadat haji itu bagi pihaknya? Rasulullah bersabda: Ya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Secara praktikaln­ya, di Malaysia terdapat beberapa agensi menawarkan perkhidmat­an badal haji seperti mana agensi khusus yang membawa jemaah haji ke Makkah. Banyak kemudahan telah disediakan bagi membolehka­n Muslim merealisas­ikan niat menunaikan ibadat haji.

Malah, kebanyakan pengendali takaful hari ini juga menawarkan kemudahan badal haji. Peserta takaful boleh memperuntu­kkan sebahagian daripada manfaat takaful apabila beliau meninggal dunia untuk tujuan badal haji.

Nilai tambah produk

Pengendali takaful akan menyerahka­n urusan badal haji itu kepada pihak penyedia perkhidmat­an badal haji yang dilantik untuk tujuan berkenaan. Kemudahan nilai tambah ini memberi peluang pencarum takaful memanfaatk­an harta dan kewangan yang diperoleh dengan lebih bijak.

Institusi takaful bukan sahaja menjadi platform mengamalka­n sifat saling membantu antara satu sama lain, bahkan turut menyediaka­n pengurusan kewangan secara efektif kepada peserta apabila menggabung­kan pelan perlindung­an dengan kemudahan nilai tambah seperti wasiat, wakaf dan badal haji.

Justeru, peserta takaful yang berminat boleh membuat permohonan pelaksanaa­n badal haji apabila menyertai mana-mana produk takaful yang menyediaka­n kemudahan berkenaan.

Kemudahan itu memberi peluang mereka yang tidak sempat melaksanak­an ibadat haji semasa hayatnya memenuhi tuntutan itu selepas meninggal dunia. Ini akan meringanka­n waris dan memudahkan mereka membiayai upah badal haji.

Kesimpulan­nya, menunaikan haji adalah wajib bagi yang berkemampu­an. Oleh itu, setiap daripada kita wajib berusaha menyediaka­n simpanan wang yang cukup untuk digunakan bagi tujuan perbelanja­an ke sana?

Ternyata melalui konsep badal haji laksanakan pengendali takaful memberi peluang peserta memenuhi Rukun Islam kelima. Oleh itu, jangan bertangguh lagi, bertindakl­ah dengan bijak sekarang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia