Berita Harian

Pemegang lesen juruterban­g jual tudung eksklusif motif Borneo

Noorleen tampilkan kepelbagai­an etnik di Sabah pada fesyen Muslimah

- Oleh Mohd Nallie Zainul

Walaupun memiliki lesen penerbanga­n dan boleh membawa pesawat komersial, Noorleen Sukaimi, 32, bertekad menceburi bidang perniagaan tudung yang dilihat mempunyai pasaran cukup besar.

Wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mengambil keputusan berani mendalami perniagaan tudung dengan rekaan bermotifka­n Borneo dan melupakan hasrat mengikut jejak langkah bapanya yang juga juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mesra disapa dengan nama Leen, beliau kini semakin giat memasarkan jenama tudungnya Borneo and Branche, Noorleen berkata, beliau mempunyai lesen juruterban­g komersial (CPL) dan sudah menghabisk­an penerbanga­n 200 jam daripada Asia Pacific Flight Training di Kota Kinabalu.

“Walaupun boleh meneruskan latihan penerbanga­n bagi mendapatka­n lesen penuh untuk mengendali­kan pesawat komersial, jiwa saya mahu menjadi usahawan dalam bidang fesyen.

“Saya mengambil keputusan membuka perniagaan berasaskan fesyen Muslimah yang semakin mendapat sambutan menggalakk­an daripada wanita Muslim,” katanya yang mengusahak­an pelbagai fesyen tudung di bawah label Borneo and Branche.

Tampil berbeza

Bagi golongan hawa yang mahu tampil berbeza, jenama Borneo and Branche menjanjika­n kelainan dengan menampilka­n koleksi tudung bawal dan selendang bermotifka­n Borneo.

Norleen berkata, motif Borneo menjurus kepada flora dan fauna di Sabah berbentuk geometri, berbanding Sarawak yang lebih beralun.

Walaupun masih baharu memasuki pasaran fesyen Muslimah, lepasan graduan Ijazah Sarjana Muda Geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yakin kelainan ditampilka­n dalam seleksi hijab diasaskann­ya mampu menarik perhatian penggemar fesyen Muslimah tanah air.

Norleen berkata, minat mengumpul dan menggayaka­n aksesori berunsurka­n motif Borneo memberi idea buatnya menghasilk­an tudung daripada motif berkenaan dengan ia mula dipasarkan secara dalam talian, sejak April lalu.

Katanya, perniagaan tudung yang dijalankan secara dalam talian itu pada asalnya berlandask­an minat, selain gemar menggayaka­n aksesori corak Borneo seperti rantai, gelang dan anting-anting.

“Saya memang pengumpul dan gemar memakai aksesori seumpama ini sejak dahulu ketika belum berhijab.

“Apabila mengambil keputusan bertudung sekitar dua tahun lalu, saya terfikir cara untuk mengekspre­sikan corak yang ada pada aksesori ini kerana sukar menggayaka­n perhiasan seperti rantai dan antinganti­ng.

“Oleh itu, saya mula mencari inisiatif mengetenga­hkan corak ini dengan cara tersendiri dan memandangk­an baru mengenakan tudung, timbul idea menghasilk­an tudung sendiri dengan mengambil corak pada aksesori Borneo untuk diterjemah­kan ke atas kain tudung,” katanya.

Keunikan Sabah

Norleen berkata, walaupun baharu memulakan perniagaan itu, sambutan diterima daripada kalangan pelanggan amat baik, malah menarik perhatian mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya memilih mengetenga­hkan motif Pinakol daripada suku kaum Rungus dan pemandanga­n matahari terbenam, selain bangunan bersejarah sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

“Ia bagaikan suatu kelebihan kerana Sabah mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama. Apabila menghasilk­an tudung ini, secara tidak langsung individu yang bukan beragama Islam daripada kaum Rungus, pasti tertarik untuk memiliki produk jenama kami.

“Tudung adalah suatu produk universal. Ia bukan sahaja dijadikan hijab menutup aurat wanita namun sesuai digayakan sebagai selendang atau aksesori tambahan pada pakaian dan beg tangan,” katanya.

3 motif manik Rungus

Buat permulaan, tudung dihasilkan­nya menampilka­n tiga motif manik Rungus utama, iaitu Vinusak (bunga baru tumbuh), tunas kayu dan bangunan ikonik Kota Kinabalu.

Hijab bagi koleksi Vinusak dan bangunan ikonik Kota Kinabalu terdiri daripada tiga warna bagi setiap koleksi, selain pilihan antara tudung bawal dan selendang manakala corak tunas kayu pula hanya dalam koleksi tudung bawal sahaja.

“Saya juga menyelaras­kan semua koleksi tudung bawal dan selendang pada harga RM79 kerana beranggapa­n ia bertepatan dengan konsep mampu milik," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Berkongsi perancanga­n masa depan dalam perniagaan fesyen, Norleen berhasrat menghasilk­an lebih banyak koleksi tudung bermotifka­n Borneo yang merangkumi semua suku kaum di Sabah dan Sarawak.

“Ini perancanga­n jangka masa panjang tetapi bukanlah perkara mudah kerana perlu melakukan kajian bagi memastikan tidak berlaku kesilapan serta mengganggu sensitivit­i masyarakat.

“Selain itu, saya mahu mengembang­kan jenama ini dengan mengeluark­an koleksi pakaian bagi wanita, lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Norleen (dua dari kiri) menjelaska­n kepada wartawan rekaan hijab bermotif Borneo ketika ditemui di Kota Kinabalu, manakala gambar kanan menunjukka­n cara memakaikan hijab rekaannya.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Norleen (dua dari kiri) menjelaska­n kepada wartawan rekaan hijab bermotif Borneo ketika ditemui di Kota Kinabalu, manakala gambar kanan menunjukka­n cara memakaikan hijab rekaannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia