Berita Harian

Anjali masih fenomena

Kajol terharu sambutan hangat acara promosi filem Velaiilla Pattadhari 2 di ibu negara

- Oleh Hanisah Selamat

Jeritan nama ‘Kajol’ dan ‘Anjali’ iaitu watak lakonannya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) yang ‚meledak‘ ketika ditayangka­n pada 1998, bergema di Jalan Masjid India, Jumaat lalu.

Bagai tidak percaya bintang Bollywood kesayangan ‘turun’ ke Kuala Lumpur dan terpacul di depan mata, lebih 2,000 peminat sanggup memenuhi kawasan beli-belah itu seawal jam 4 petang untuk bertemu Kajol.

Bagai terkena histeria, tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing teruja hingga lupa lelah berdiri berjam-jam menunggu ketibaan Kajol, 43, dan rombongan produksi filem Velaiilla Pattadhari 2 (VIP 2).

Ternyata walaupun filem sudah hampir dua dekad berlalu, aura watak Anjali iaitu kekasih Rahul, lakonan Shah Rukh Khan masih kental dalam ingatan peminat.

Bukan hanya Kajol, aktor gandingann­ya yang juga suami kepada pengarah filem itu, Dhanush turut mempunyai kelompok pengikut tegar yang tidak putus-putus melaungkan namanya.

Enggan mengecewak­an harapan penonton, Dhanush yang terkesima dengan sambutan hangat peminat, khalayak mendendang­kan lagu Tamil berjudul Valkai Thedi.

Lebih mengejutka­n, hampir separuh daripada peminat yang memenuhi lokasi yang dipenuhi pelbagai bangsa serta pelancong itu menyanyika­n lagu itu beramai-ramai.

Kehadiran cetus fenomena

Seperti dinyatakan Ketua Pegawai Operasi Malik Streams Sdn Bhd, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, kehadiran Kajol, Dhanush dan Soundarya yang juga anak superstar filem Tamil, Rajinikant­h, mampu mencetuska­n fenomena.

Kajol ketika ditanya media mengakui tiada masalah menimbang tawaran filem terbitan produksi tempatan asalkan kena dengan skrip.

“Dalam kerjaya lakonan, perkara paling utama adalah skrip. Skrip adalah hero saya... Itulah yang lebih penting.

“Sudah tentu saya sedia menyahut tawaran jika ada peluang bekerja dengan produksi di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran trailer VIP2 versi Hindi itu.

Filem drama komedi yang bakal ditayangka­n tidak lama lagi diterbitka­n dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu. Naskhah ini adalah susulan kepada filem Velaiilla Pattadhari yang diterbitka­n pada 2014.

Kali pertama Tajol yang terjun ke bidang seni pada usia 18 tahun bertandang ke Malaysia adalah dua tahun lalu, sempena pelancaran saluran baharu sebuah stesen televisyen.

Sepanjang kerjaya, Kajol kerap digandingk­an bersama bintang mega India, Shah Rukh Khan seperti dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge, Duplicate, Kabhi Khushi Kabhie Gham, My Name Is Khan dan Dilwale.

Layan mesra peminat

Kajol yang juga isteri Ajay Devgan, sempat meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang diberi pemi- nat setia yang menanti hampir empat jam dalam cuaca bahang.

Sambil mengucapka­n selamat petang dalam bahasa Melayu, sebaik keluar dari kereta, Kajol melambai ke arah orang ramai yang tidak henti merakamkan kelibat artis jelita itu.

“Selamat petang, terima kasih atas sokongan anda semua. Saya sangat terharu kerana disayangi peminat Malaysia. Saya sangat terkesan menerima sambutan begini,” katanya disambut gema sorakan.

Pada kunjungan kali ini, Kajol sangat berbeza apabila dilihat melayan peminat dengan mesra malah sanggup turun pentas mendekati penonton.

Biarpun jeritan dan berlaku insiden tolak menolak di luar pagar, keadaan dapat dikawal. Malah, senyuman manis tetap menguntum pada bibir ibu kepada dua cahaya mata itu.

Difahamkan, sebaik tiba di Kuala Lumpur, Tajol mempromosi­kan VIP2 di stesen radio HOTFM dan Koolfm di Seri Pentas di Bandar Utama Petaling Jaya.

Sementara itu, Abdul Malik berkata, syarikatny­a mengedar dan menayang filem VIP2 di Malaysia sebagai tarikan membawa lebih ramai pelancong menonton karya berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ribuan peminat menyambut ketibaan Kajol dijalan Masjid India, Jumaat lalu.
Ribuan peminat menyambut ketibaan Kajol dijalan Masjid India, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia