Berita Harian

Inspirasi kepada pelajar

Pak Nil terharu dilantik Duta Alumni UM, sedia kongsi nasihat, pengalaman

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang dilantik Duta Alumni Universiti Malaya (UM), berkuat kuasa semalam, mahu bertemu pelajar baharu menara gading itu bagi memberi semangat mencapai impian.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, terharu dilantik sebagai duta alumni di universiti yang menjadi gedung baginya meningkatk­an potensi diri hingga memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi.

“Kejayaan saya dilihat boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak yang masih lagi belajar di UM.

“Ini adalah universiti tertua malah menjadi antara institusi pendidikan tinggi (IPT) terbaik di Malaysia dan Asia. Tentunya kejayaan yang digapai alumni patut dijadikan penanda aras untuk anak-anak kita menjadi lebih baik.

“Ramai alumni UM sudah berjaya dan mereka boleh kembali ke UM membantu anak-anak yang masih dalam pengajian. Kita tak mahu melahirkan graduan yang hanya bagus di atas kertas, tapi tidak mempunyai jati diri sayangkan negara,” katanya kepada HIP.

Mahu turun padang

Sehubungan itu, Aznil mahu penuntut UM diterapkan dengan nilai insaniah yang boleh dicontohi.

“Saya harap dapat turun padang memberi inspirasi kepada pelajar UM.

“Saya berharap mereka yang mempunyai masalah kewangan, keluarga, masalah apa saja, dapat meluahkann­ya kepada kami. Ini kerana sebagai bekas pelajar, kami pernah melaluinya,” katanya.

Panduan harungi cabaran

Pak Nil yang mengacarak­an program

juga mahu berkongsi pengalaman menjadi pelajar dan tip berdepan cabaran kehidupan terutama di Kuala Lumpur.

“Saya tidak mahu mereka tertekan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Untuk meyakinkan mereka, mereka ada saya sebagai abang dan sedia membantu.

“Mungkin saya tak dapat membantu daripada segi kewangan tapi saya boleh memberi nasihat dan berkongsi pengalaman,” katanya yang memuat naik status berhubung perlantika­nnya sebagai Duta Alumni UM pada Instagram, semalam.

Sebelum ini, Pak Nil, dilantik sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementeria­n Pendidikan.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia