Berita Harian

Suka berjenaka, bertanggun­gjawab pikat hati Siti Saleha

-

Ditanya apa yang membuatkan Lutfi istimewa di matanya, Saleha berkata, sifat suka berjenaka membuatkan suaminya itu disenangi malah dianggap sempurna.

Tambahnya, Lutfi berfikiran matang serta memahami minatnya dalam bidang seni.

Lutfi pula ketika ditanya mengenai Saleha, mengaku wanita itu selalu membuatkan dirinya gembira dan pandai mengambil hati.

Tidak cukup itu, Saleha dilihat komited dan fokus dengan apa yang dilakukan. Ratu hatinya itu juga bijak mengurus diri dan mampu menjadi isteri yang baik.

“Saya tidak mengenali Saleha Majlis pernikahan Saleha dan Lutfi, yang juga pegawai kerajaan, berlangsun­g meriah dengan adat istiadat Melayu seperti berbalas pantun dan penyerahan hadiah kepada kakak Saleha kerana melangkah bendul.

Pengantin lelaki memberi mas kahwin berjumlah RM500.

Lutfi memberi tujuh dulang hantaran dan Saleha membalas sembilan dulang.

Pengantin lelaki bekerja separuh hari pada hari pernikahan.

Lutfi menyanyika­n lagu Mary You nyanyian Bruno Mars bagi menenangka­n diri sebelum bernikah dan berlatih akad nikah pada sebelah pagi.

Majlis pernikahan dihadiri kira-kira 200 orang merangkumi keluarga, sahabat terdekat dan teman media. sebagai selebriti, sebaliknya saya tahu dirinya orang biasa.

“Selain cantik, saya yakin Saleha mampu menjadi ibu kepada 11 orang anak saya nanti,” katanya berseloroh.

Mengenai persediaan dirinya berdepan asam garam dunia hiburan selepas bergelar suami kepada pelakon yang pernah dua kali meraih Anugerah Pelakon Filem dan TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Lutfi mengaku pada awalnya, agak sukar untuk memahami rentak dunia hiburan.

Namun, Lutfi kini sudah faham dan Saleha menjelaska­n kepadanya mengenai susur galur dunia hiburan.

“Saya tidak akan ganggu kerjaya seni isteri. Sebaliknya, saya sentiasa menyokong minat dia dalam bidang ini,” katanya.

Tangguh bulan madu

Saleha yang berada di sisi, bersyukur suaminya mengizinka­n dirinya berlakon.

“Saya bersyukur kerana Lutfi seorang yang terbuka. Saya perlu sedar status sebagai isteri dan bijak memilih watak sesuai.

“Semuanya akan dilakukan secara profesiona­l. Saya pasti berbincang dengan suami walaupun dia tidak kisah,” kata pelakon yang mendapat pujian menerusi lakonan hebatnya dalam drama 7Harimenci­ntaiku.

Mengenai perancanga­n berbulan madu, adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam ini berkata, mereka memilih Mauritius sebagai destinasi meraikan cinta.

Namun, kata Saleha, hasrat itu terpaksa ditangguhk­an seketika kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja.

Diusik mengenai perancanga­n zuriat, baik Saleha mahupun Lutfi sepakat menyerahka­nnya kepada Allah. Mereka bersedia andai dikurniaka­n rezeki buat mereka dalam masa terdekat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia