Berita Harian

Suka karakter Inchess

-

Dalam rancak berbicara, pengusaha jenama fesyen Mermaid Luxe yang diusahakan sejak 2014 ini mengaku tertarik dengan personalit­i bintang berpengaru­h di Indonesia, Syahrini yang sering digelar Princess Syahrini atau Inchess.

Liyana memberitah­u, sesekali dia gemar ‘mengintai’ rentak kehidupan Syahrini melalui laman sosial terutama di Instagram. Selain gelagatnya yang menarik hati, kekayaan yang dikongsiny­a di laman sosial boleh menjadi inspirasi.

“Saya suka dengan personalit­inya. Dia ada sesuatu yang membuatkan kita mahu ambil tahu. Bagi saya, dia sangat unik. Jarang jumpa individu sepertinya.

“Artis akan jadi biasa dan boring jika tiada kelainan. Sebagai artis, kita kena jadi seperti Syahrini yang penuh warna... Karakterny­a berwarna.

“Dia sangat ‘loud’. Saya sendiri pun dulu kadangkada­ng cakap lepas dan tak perlu terlalu ‘skema’. Kita perlu ada sesuatu yang orang luar tak boleh tiru,” katanya.

Ditanya apakah pemilik produksi Mermaid Studios ini sedia menghasilk­an drama menyerlahk­an karakter seperti Syahrini, Liyana mengakui tidak keberatan melakukann­ya.

“Beberapa bulan lalu, ketika bertemu rakan media, saya bercerita mengenai perkara ini. Rakanrakan media suruh saya melakonkan watak seperti Syahrini.

“Jika kena pada gayanya, saya tak kisah menerbitka­n drama seumpama itu. Sebelum ini, produksi saya pernah menerbitka­n telefilem yang menyerlahk­an watak dan karakter seperti Syahrini,” katanya yang pernah merakamkan lagu

dan

Belum sedia dedah judul lagu

Dalam perkembang­an lain, Liyana bakal tampil dengan filem terbaru berjudul Oktober ini. Paling menarik, naskhah itu adalah filem pertama terbitan syarikat produksiny­a, Mermaid Studio.

“Selama ini, syarikat saya aktif dalam penerbitan drama saja. Untuk filem ini, saya akan merakamkan kembali sebuah lagu popular KRU secara remix yang turut menjadi runut bunyi.

“Cuma saya tak nak dedahkan judul lagu itu sekarang. Apa yang pasti, lagu itu sangat sesuai dengan karakter dalam filem itu,” katanya. Filem: Single: Foto: Pinography (Instagram @ pinography) Solekan: Ary Muzamer (Instagram @arymuzamer)

 ??  ?? Na Na Cik Diva Paris Kampung Selesa Tanpamu. Bella & Jamie, Personalit­i Syahrini yang unik membuatkan Liyana tertarik. Oh
Na Na Cik Diva Paris Kampung Selesa Tanpamu. Bella & Jamie, Personalit­i Syahrini yang unik membuatkan Liyana tertarik. Oh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia