Berita Harian

146 hospital seluruh negara laksana konsep mesra ibadah

60 pegawai agama JAKIM ditempatka­n bantu proses penyembuha­n spiritual

- Oleh Syaherah Mustafa

Sebanyak 146 hospital kendalian Kementeria­n Kesihatan di seluruh negara, kini melaksanak­an konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar, berkata konsep itu bukan saja menjadikan hospital sebagai tempat yang membantu proses penyembuha­n fizikal tetapi juga spiritual.

Katanya, konsep terbabit dijalankan secara berperingk­at menerusi penempatan 60 pegawai agama, bermula dengan hospital utama setiap negeri termasuk 55 hospital pakar seluruh Malaysia.

“Setiap hospital yang terbabit dalam pelaksanaa­n HMI, akan mempunyai Pegawai Agama daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Peranan JAKIM

“JAKIM berperanan memberi penjelasan lebih terperinci berkaitan nilai murni serta kefahaman dalam aspek ibadah pada setiap aktiviti yang dijalankan di hospital.

“Pemahaman konsep Islam ini diterapkan dahulu kepada setiap Ketua Jabatan bagi memastikan konsep HMI dipraktikk­an oleh kakitangan di jabatan masing-masing seterusnya kepada pesakit,” katanya pada sidang media ketika Majlis Perasmian Konvensyen HMI peringkat Kebangsaan Kali Keempat di Dewan Bunga Raya Hotel Perdana, di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustafa dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr Asma Ismail.

Kursus dijalankan

Beliau berkata, bagi memantapka­n lagi konsep HMI itu, pelbagai kursus dijalankan yang bukan saja membabitka­n pegawai agama tetapi juga kakitangan hospital termasuk doktor dan jururawat.

“Melalui konsep sebegini kita dapat melahirkan warga hospital yang bukan saja saling menghormat­i tetapi mampu bertolak ansur sekaligus mewujudkan suasana yang harmoni,” katanya.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Dr Asma (empat dari kanan) melawat gerai jualan pada Majlis Perasmian Konvensyen HMI peringkat Kebangsaan Kali Keempat di Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Dr Asma (empat dari kanan) melawat gerai jualan pada Majlis Perasmian Konvensyen HMI peringkat Kebangsaan Kali Keempat di Kota Bharu, semalam.
 ??  ?? Dr Azman Abu Bakar
Dr Azman Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia