PROVIM 2017 tawar hadiah bernilai RM80,000
Sasar hadiah lebih lumayan berbanding tahun lalu
Sebanyak 11 hadiah menarik bernilai RM80,000 ditawarkan kepada peserta Projek Video Malaysia (PROVIM 2017) yang dilancarkan secara rasmi di Red Carpet 2, Icity di sini, semalam.
Pengarang Eksekutif Berita Digital Media Prima Berhad (MPB), Azura Zainal Ratin, berkata hadiah yang ditawarkan, termasuk kereta Proton Saga 1.3 Liter (L) dan wang tunai RM5,000.
“Ini adalah penganjuran kali kedua dan kita mensasarkan lebih penyertaan diterima malah hadiah ditawarkan juga lumayan berbanding penganjuran pada tahun lalu.
“Tahun lalu, kita menyediakan lapan hadiah untuk lapan pemenang tetapi tahun ini kita berjaya menyediakan 11 hadiah hasil sumbangan penaja,” katanya pada Majlis Pelancaran PROVIM 2017, di Red Carpet 2, Icity di sini.
Tema Negaraku
Beliau berkata, antara penaja yang terbabit dalam PROVIM 2017 adalah I-berhad, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), DRB-HICOM Berhad dan DNC Asiatics Holding Sdn Bhd.
“Tema PROVIM tahun ini adalah Negaraku. Jadi kita mengharapkan dapat melihat lebih keharmonian serta perpaduan dalam yang video dihantar,” katanya.
Azura berkata, boleh menghantar penyertaan video pendek dalam format MP4 yang berdurasi tidak le bih tiga minit menerusi emel ke provim.mpb@ gmail.com pada 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.
Katanya, pemenang akan diumumkan pada 16 September ini menerusi Facebook dan berita rangkaian televisyen MPB.