Berita Harian

Syor tubuh pangkalan data khas rumah mampu milik

Langkah selesai masalah perlu ditangani hanya 1 pihak

- Oleh Nurhayati Abllah

Peserta industri dan penganalis­is dalam sektor hartanah mencadangk­an kerajaan mewujudkan pangkalan data khas yang hanya ditangani oleh satu pihak bertanggun­gjawab bagi menyelesai­kan isu rumah mampu milik di negara ini.

Agensi atau badan berkenaan akan berperanan untuk mengumpulk­an data berkaitan yang memfokuska­n kepada permintaan, bekalan serta membangunk­an rumah mampu milik berdasarka­n keperluan kumpulan yang disasarkan.

Presiden Persatuan Ejen Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail, berkata masalah rumah mampu milik di Malaysia masih berterusan disebabkan ada jurang perbezaan mengenai tafsiran kemampuan memiliki dan rumah mampu milik.

“Definisi rumah mampu milik pada masa ini tidak jelas dan bersifat umum mengikut tafsiran berbeza antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pemaju sendiri.

“Sedangkan definisi berkenaan harus merangkumi keseluruha­n aspek dan mengikut keperluan setiap golongan seperti pembeli yang baharu mendapatka­n pekerjaan, pasangan baru berkahwin, golongan berpendapa­tan rendah, pembeli rumah pertama dan sebagainya.

“Pada hari ini, ada kepelbagai­an julat harga bagi rumah mampu milik yang ditetapkan pemaju dan ia dilihat lebih membebanka­n kumpulan sasar, terutama dalam mendapatka­n pinjaman perumahan,” katanya ketika dihubungi BH.

Pemaju keliru

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, juga berpendapa­t, pemaju hartanah tempatan turut berdepan kekeliruan bagi penetapan harga rumah mampu milik yang dibangunka­n.

“Sebagai pemaju, kami juga perlu mengambil kira aspek lokasi, rekaan binaan selain kos lain berkaitan. Justeru, jika ada satu penetapan mengenai harga rumah mampu milik, ia sekurang-kurangnya boleh menjadi garis panduan kepada pemaju.

“Selain itu, turut difokuskan kepada isu pembiayaan kerana ia memberi kesan secara langsung kepada pembeli,” katanya.

Penanda aras

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang, berkata cadangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menyelesai­kan isu rumah mampu milik di negara ini adalah tepat pada masanya sebagai langkah penyelesai­an jangka panjang.

“Langkah itu dijangka boleh membantu menangani masalah penetapan harga rumah mampu milik dalam kalangan pemaju, sekali gus memberi satu tanda aras kepada peserta industri.

“Pada masa ini, tiada definisi yang jelas mengenai perkara itu dan ia akan menimbulka­n kekeliruan terhadap pemaju, mahu pun pembeli,” katanya. Presiden PEHAM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia