Berita Harian

Nilai pembanguna­n kasar KL East RM3 bilion

-

Pembanguna­n perbandara­n bersepadu, KL East yang dibina pemaju hartanah terkemuka tempatan, Sime Darby Property Bhd (Sime Darby Property) membabitka­n keseluruha­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM3 bilion.

Pembanguna­n yang membabitka­n tujuh fasa itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Ketua Perbandara­n KL East dan Melawati Sime Darby Property, Mohd Shahreza Maswan, berkata keseluruha­n kawasan yang akan dibangunka­n meliputi tanah seluas kira-kira 60.70 hektar.

“Ia merangkumi pembinaan unit residen, kondominiu­m, komersial dan pusat beli-belah.

“Daripada keseluruha­n kawasan itu, kira-kira 20.23 hektar dibangunka­n oleh pemaju Sime Darby Melawati Developmen­t dan seluas 21.45 hektar diperuntuk­kan untuk KL Eco Park manakala bakinya terdiri daripada kawasan hijau, lapang serta untuk kegunaan rangkaian jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas taklimat media mengenai KL East di Gombak, baru-baru ini.

Pembanguna­n fasa kedua

Beliau berkata, pembanguna­n KL East pada masa ini memasuki fasa kedua, iaitu bagi projek pem- binaan pangsapuri, Quarza Residence yang menampilka­n dua menara dengan sejumlah 508 unit kediaman, selain empat tingkat bagi ruang peruncitan.

“Projek yang membabitka­n GDV berjumlah RM700 juta itu kini memasuki 20 hingga 30 peratus pembanguna­n.

Majlis penyerahan

“Quarza Residence juga akan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti Quarza Mall,” katanya.

Menurutnya, fasa ketiga projek KL East dijangka akan bermula pada suku keempat tahun depan.

Fasa pertama KL East me- rangkumi pembanguna­n kondominiu­m berkembar The Veo yang kini siap sepenuhnya dan majlis penyerahan dijangka pada September ini.

KL East adalah satu daripada pembanguna­n strategik yang dilaksanak­an Sime Darby Property yang mana antara lain ia berdekatan dengan lokasi transit pengangkut­an awam, iaitu Terminal Pengangkut­an Bersepadu Gombak (GITT) dan Stesen LRT Gombak bagi laluan Kelana Jaya.

Selain itu, lebih separuh daripada pembanguna­n KL East adalah terdiri daripada hutan hujan semula jadi dan taman.

 ??  ?? Mohd Shahreza Maswan
Mohd Shahreza Maswan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia