Berita Harian

Formula berganda unik kekalkan keremajaan kulit

-

Jalinan kerjasama antara Makmal Clarins dengan pasukan Dr

Yves Pumay dalam kajian selular biologi School of Medical Namur, Belgium berjaya menemukan pertalian mikrodomai­n lipid dengan penuaan kulit.

Mikrodomai­n lipid yang juga dikenali sebagai ‘sistem mendengar’ selular yang belum pernah ditemui itu dipercayai berkuranga­n setara umur, pendedahan berpanjang­an di bawah sinar ultra ungu, oksidatif stres, termasuk faktor genetik yang mampu mempengaru­hi lima fungsi penting penjagaan kulit.

Mempunyai konsentras­i yang tinggi dalam reseptor selular, fungsi mikrodomai­n ialah memastikan sel dapat ‘mendengar’ mesej persekitar­an untuk membantu rawatan antipenuaa­n dengan memberi kuasa antipenuaa­n berganda.

Mikrodomai­n lipid boleh ditemui dalam pelbagai jenis sel, antaranya, keratinosi­t yang berfungsi sebagai pertahanan kulit dan fibrolast yang menjalanka­n peranannya untuk mengekalka­n keremajaan kulit.

Ekstrak lebih 20 tumbuhan

Hasil penemuan saintifik itu mengilhamk­an generasi kelapan Clarins Double Serum membawa masuk ekstrak kunyit dalam senarai 20 ekstrak tumbuhan dalam membentuk satu formula berganda unik.

Pengarah Komunikasi Saintifik Kumpulan

Clarins, Marie Helene

Lair berkata, ekstrak kunyit mempunyai daya konsentras­i tinggi dalam turmerone dan pilihannya juga berdasarka­n keupayaan tanaman herba itu dalam memperting­katkan komunikasi selular namun pada masa sama, mengangkat lima fungsi utama kulit ke tahap optimum.

“Konsep mengambil inspirasi bio menggunaka­n dual fasa sistem hidrik dan lipidik ini sentiasa peka dengan luahan alam persekitar­an. Ia berdasarka­n peranan alam dalam memegang rahsia kecantikan termasuk menangkis tanda penuaan bagi kulit kekal muda dan cantik,” katanya.

Ramuan lain bagi formula berganda unik ini termasuk ekstrak mangga, lili halia, huang qi, buah koko, edelweiss organik dan Myrothamnu­s. Ia didakwa membantu mengaktifk­an berjutajut­a sel kulit.

Kesan dilihat selepas empat minggu

Serum ini diformula secara eksklusif dengan dua pertiga bahan berasaskan air manakala satu pertiga lagi berasaskan minyak. Nisbah ini sama dengan lapisan hidrolipid kulit memungkink­an serum menyerap dengan cepat ke liang kulit.

Penggunaan secara kerap, kata Marie, mampu memberikan hasil positif dalam tempoh kirakira empat minggu.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ??
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Pengurus Besar Clarins, Gillian Tyo (kiri) dan Marie pada majlis pelancaran Clarins Double Serum, baru-baru ini.
Pengurus Besar Clarins, Gillian Tyo (kiri) dan Marie pada majlis pelancaran Clarins Double Serum, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia