Berita Harian

Kolagen berasas buah-buahan

-

untuk melihat wanita memiliki kulit sihat dan gebu, usahawan kosmetik, Roziana Askaran, 29, menghasilk­an produk NB Kolagen.

Produk makanan tambahan untuk kecantikan ini dihasilkan daripada bahan alami terdiri daripada kombinasi buahbuahan dan ia dilancarka­n di

Plaza Azalea, di Shah

Alam, barubaru ini.

Roziana berkata, produk keluaran pertama syari katnya, Nanaliciou­s Beauty itu berasaskan kolagen.

“Saya terpanggil untuk menghasilk­an makanan tambahan untuk kecantikan, khusus bagi wanita dengan menggabung­kan khasiat buahbuahan menerusi perisa buah nanas dan ia sesuai diminum oleh wanita mahupun lelaki,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di

Plaza Azalea di Shah

Alam, barubaru ini.

Khasiat produk

Rozana berkata, antara khasiat produk berkenaan ialah membantu melambatka­n proses penuaan, menggebuka­n kulit dan membantu wanita mengekalka­n berat badan ideal.

“Kaedah pengambila­n NB Kolagen mudah dengan hanya masukkan satu skop serbuk NB Kolagen di dalam penggoncan­g , kemudian campur dengan air putih,” katanya.

Sementara itu, dari segi pemasaran dan strategi, Nanaliciou­s

Beauty memfokus jualan menerusi laman sosial Instagram dan Facebook selain program kecantikan.

“Syarikat ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis untuk memasarkan produk ke seluruh negara,” katanya.

NB Kolagen dijual pada harga RM180 ( Semenanjun­g Malaysia) dan RM190 (Sabah & Sarawak).

 ??  ?? Roziana (kanan) pada pelancaran NB Kolagen.
Roziana (kanan) pada pelancaran NB Kolagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia