Berita Harian

Beralih bidang pada saat akhir

Minat optometri dorong Siti Fairuz tukar jurusan daripada farmasi

-

Menjadi doktor mata mungkin tidak pernah difikirkan oleh kebanyakan anak muda ketika menceburi pengajian perubatan, khususnya dalam bidang optometri atau deria penglihata­n.

Dalam kalangan penuntut Melayu yang memilih jurusan perubatan, pengkhusus­an terhadap bidang optometri dianggap masih kurang berbanding kaum lain.

Ini diakui oleh Siti Fairuz Mohd Sulaiman yang memilih optometri pada saat akhir sedangkan dia sudah memulakan pengajiann­ya dalam bidang farmasi ketika menuntut di Universiti Gajah Mada di Indonesia.

“Bidang ini (optometri) ini kebiasaann­ya dipelopori oleh pelajar Cina. Malahan, dalam kelas pengajian saya dulu, terdapat hanya dua orang pelajar Melayu,” katanya.

Diuruskan bersama keluarga

Siti Fairuz atau lebih mesra disapa Fair berkata, dia mempelajar­i bidang optometri selepas menyedari minatnya bukanlah di dalam bidang farmasi.

“Sebenarnya, saya sudah memulakan pengajian dalam bidang farmasi di di Indonesia.

“Bagaimanap­un, saya rindukan keluarga dan kurangnya minat dalam bidang terbabit membuatkan saya berhenti dan kembali ke tanah air,” katanya.

Dia kemudian melanjutka­n pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi program Twintech Internatio­nal University College of Technology.

“Selepas tamat pengajian, saya bekerja di sebuah pusat optik selama setahun sebelum membuka perniagaan sendiri yang diuruskan bersama keluarga.

“Menguruska­n bisnes mungkin kedengaran mudah, namun sebenarnya sukar kerana banyak cabaran yang perlu ditempuhi bagi memastikan The Eye Shop Optometry yang dibuka di Bangi beroperasi secara sistematik,” katanya.

Tak mampu gaji pekerja

Anak sulung daripada tiga beradik ini mengakui, pusat optik yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu adalah perniagaan berorienta­sikan kekeluarga­an.

Arwah ayahnya dan ibu banyak memberi semangat dan membantu dari segi kewangan, manakala suami dan adik turut sama menguruska­n bisnes ini.

“Saya masih ingat, dalam tempoh setahun selepas pusat optik ini beroperasi, saya masih tidak mampu menggaji pekerja.

“Justeru, saya melakukan semua kerja sendirian dan kesukarann­ya tidak dapat digambarka­n dengan katakata.

“Lamakelama­an, situasi semakin stabil dan saya lebih mudah mengatur jadual supaya gerak kerja lebih konsisten,” katanya.

Layan pelanggan macam tetamu

Lebih menarik lagi, Fair bukan sahaja menitikber­atkan dekorasi premis yang dikendalik­an suaminya, Mohd Shaidil Eman Zakarih, malah dia menggunaka­n konsep tersendiri bagi menarik pelanggan. Pelanggan dilayan seperti tetamu apabila mereka akan dihidangka­n dengan jamuan ringan terlebih dahulu.

“Tak kiralah sama ada bertindak sebagai perunding mahupun pemeriksaa­n mata, kami akan berikan layanan sama rata kepada pelanggan.

“Selain pemeriksaa­n mata yang lengkap, mereka yang ingin membuat cermin mata boleh duduk dengan selesa dan saya serta staf akan membawa bingkai bersesuaia­n mereka untuk dipilih,” katanya.

 ??  ?? Siti Fairuz (kanan), memeriksa mata pelanggann­ya.
Siti Fairuz (kanan), memeriksa mata pelanggann­ya.
 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ]
 ??  ?? Siti Fairuz, bersama suami d Amanda Eryna.
Siti Fairuz, bersama suami d Amanda Eryna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia