Hasrat murni dipermudahkan
Seperti diketahui ramai, tidak mudah untuk sesebuah syarikat produksi menjalani penggambaran dalam Masjidil Haram mahupun Masjid Nabawi di Tanah Suci. Di setiap pintu masjid dikawal ketat dengan pasukan keselamatan yang sentiasa memerhatikan pergerakan, selain memeriksa beg dan barangan yang dibawa.
Di dalam masjid pula terutama di hadapan Baitullah, beratusratus pengawal keselamatan ditempatkan di setiap ceruk. Mata mereka sentiasa meliar memerhatikan gerakgeri jemaah.
Namun, keajaibannya, tiada seorang pun menghalang penggambaran drama Kisah Dari Mekah arahan Md Fadzil Teh dan Hairi Safwan, terbitan Zeel Production
Sdn Bhd dijalankan.
Rakam apa saja babak dan dialog, tiada sesiapa pun menegur atau merampas peralatan penggambaran.
Malah, babak sukar seperti tawaf, memanjat Multazam dan pintu Kaabah yang menjadi tumpuan berdoa yang sentiasa sesak dengan jemaah juga dapat dirakamkan dengan sempurna.
Tiada perkataan dapat diungkapkan, melainkan syukur dengan keredaan Tuhan. Niat murni menghasilkan drama 15 episod hasil tulisan oleh
Wan Mahani Wan Hussein dan Hafizul Yob untuk menyampaikan rahmat dan kebaikan bumi Makkah serta Madinah diizinkan Allah.
Cabaran bukan kepalang
Rombongan seramai 41 orang diketuai Fadzil, selain artis, pengarah, kru produksi dan wakil BH berangkat ke Makkah secara berperingkat pada 4 Februari lalu, selama tiga minggu. Selain Makkah, penggambaran juga dijalankan di Jeddah dan Madinah.
Drama yang memaparkan kisah benar dan pengalaman jemaah haji serta umrah itu akan mula bersiaran pada hari ini, jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.
Idea menghasilkan drama Kisah Dari Mekah tercetus sejak 2015. Ia diangkat berdasarkan kisah benar daripada pengalaman Pengurus Operasi, Pimpinan Travel Sdn Bhd, Ustaz Suhail Abdul Hamid, yang juga pelakon dan pengurus perjalanan pasukan produksi.
Fadzil berkata, jauh di sudut hati, kebimbangan tetap ada, apatah lagi banyak dugaan ditempuhi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Bagaimanapun, dia hanya bertawakal dan berserah.
“Awalnya, kami berhadapan dengan ujian getir apabila beberapa kali pemergian terpaksa ditangguhkan. Sepatutnya, pasukan kerja berlepas pada tahun lalu, tetapi akibat visa dan masalah teknikal, kami hanya berlepas pada Februari lalu.
“Apabila jadual diubah, senarai artis juga terpaksa bertukar. Masalah pertukaran artis turut memeningkan kepala apabila ada yang tidak dapat menyertai kami.
Bagaimanapun, ia bukan masalah besar, saya anggap bukan rezeki mereka sebagai tetamu rumah Allah.
“Bagi melancarkan perjalanan, kami satu pasukan