Berita Harian

FBM KLCI diunjur kekal kukuh

IMF ramal pertumbuha­n ekonomi tinggi, peningkata­n ekuiti asing, ringgit kukuh

-

Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, berita baik itu menjadi pemangkin baharu serta merangsang keyakinan pelabur terhadap bursa tempatan.

“Oleh itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh pada paras 1,780 minggu ini,” katanya.

Nazri Khan berkata, ramalan peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 Malaysia kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus oleh IMF pada Isnin menyebabka­n ringgit melonjak sebagai mata wang yang meningkat paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN.

RM11.2 bilion dalam pasaran ekuiti tempatan

“Setakat hari ini, kita juga menyaksika­n pengaliran masuk RM11.2 bilion ke dalam pasaran ekuiti tempatan, yang menjadi pemangkin bagi meningkatk­an sentimen pelabur,” katanya.

Sementara itu, Nazri Khan juga berkata, saham berkaitan teknologi dan Pasaran ACE mungkin memberi sokongan kepada bursa tempatan minggu ini terutama selepas pengumuman pada Khamis mengenai lima syarikat Malaysia disenaraik­an Forbes 2017 sebagai ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion’.

“Penekanan ke atas ekonomi digital baru-baru ini juga melonjakka­n saham berkaitan teknologi,” tambahnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada awal minggu kerana ramalan pertumbuha­n KDNK yang disemak semula oleh IMF meningkatk­an sentimen di Bursa Malaysia.

Indeks utama merosot selepas itu pada Jumaat, terutama disebabkan aktiviti pengambila­n untung daripada kenaikan barubaru ini, di samping kekurangan pemangkin baharu selepas Rizab Persekutua­n AS mengundi untuk mengekalka­n kadar faedah antara 1.0-1.25 peratus pada Rabu.

FBM KLCI naik 8.08 mata

Pada asas mingguan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.08 mata kepada 1,767.08 berbanding 1,759.00 minggu lalu.

Indeks Emas FBM melonjak 51.62 mata kepada 12,591.63, Indeks FBMT 100 naik 52.72 mata kepada 12,232.61 dan Indeks Syariah Emas FBM menokok 9.79 mata kepada 12,729.68.

FBM 70 melambung 57.58 mata kepada 14,973.47 tetapi FBM Ace rugi 138.84 mata kepada 6,616.64.

Dari segi sektor, Indeks Perladanga­n merosot 31.56 mata kepada 7,839.79 dan Indeks Perusahaan turun 1.13 mata kepada 3,274.01.

Bagaimanap­un Indeks Kewangan menambah 155.24 mata kepada 16,826.38. Jumlah dagangan jatuh kepada 7.87 bilion unit bernilai RM9.03 bilion berbanding 9.96 bilion unit bernilai RM10.01 bilion minggu lalu.

Jumlah Pasaran Utama jatuh kepada 5.08 bilion saham bernilai RM8.45 bilion berbanding 6.49 bilion saham bernilai RM9.26 bilion Jumaat lalu.

Jumlah waran susut kepada 580.48 juta unit bernilai RM63.99 juta berbanding 742.7 juta unit bernilai RM69.76 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 2.17 bilion saham bernilai RM506.05 juta berbanding 2.68 bilion saham bernilai RM668.58 juta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia