Berita Harian

Saham teknologi AS jejas pasaran

-

Pasaran saham Asia merosot pada Jumaat selepas saham teknologi Amerika Syarikat (AS) terkeluar daripada kenaikan barubaru ini, walaupun keyakinan terhadap pendapatan korporat AS dan ekonomi global menyokong keseluruha­n sentimen.

Indeks MSCI Asia Pasifik di luar Jepun turun 1.1 peratus menutup hampir keseluruha­n untung mingguanny­a dengan Samsung Electronic­s, syarikat terbesar Asia oleh pasaran modal, jatuh 4.4 peratus. Nikkei Jepun turun 0.6 peratus.

Di Wall Street, perindustr­ian Dow mencatatka­n penutup tinggi, dibantu oleh lonjakan sebanyak 7.7 peratus di Verizon berikutan pendapatan suku tahunan syarikat penerbanga­n utama AS.

Pelabur terkejut

Bagaimanap­un, pelabur terkejut dengan kejatuhan dalam saham teknologi dan pengangkut­an. Sektor teknologi S&P 500 jatuh 2.0 peratus kepada satu titik sebelum mengakhiri dagangan dengan susut 0.8 peratus.

Sementara itu, saham Amazon.com yang naik hampir 40 peratus tahun ini, susut tiga peratus selepas peruncit dalam talian itu melaporkan penyusutan keuntungan, sekali gus mengheret niaga hadapan AS untuk turun 0.3 peratus di Asia.

“Saham teknologi AS menyaksika­n kenaikan luar biasa pada bulan lalu. Beberapa pelabur sudah membayangk­an suasana itu. Saya berpendapa­t, ia adalah perkara biasa untuk melihat aktiviti pengambila­n untung dalam tempoh jangka pendek,” kata Ketua Strategi Global Daiwa Securities, Hirokazu Kabeya.

“Memandangk­an Dow mencecah rekod tertinggi, sukar untuk berfikir sentimen pasaran tibatiba berubah,” kata Ahli Strategi Kanan Sumitomo Mitsui Asset Management, Masahiro Ichikawa.

Indeks S&P 500 berada pada landasan kukuh untuk merekodkan pertumbuha­n pendapatan suku tahunan dua kali ganda untuk pertama kali dalam tempoh enam tahun.

 ?? [FOTO AFP] ?? Paparan kedudukan indeks di pasaran Tokyo.
[FOTO AFP] Paparan kedudukan indeks di pasaran Tokyo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia