Berita Harian

‘Kami sekeluarga reda, terima apa sahaja’

-

Yan: Suasana sedih menyelubun­gi Ruhaida Idrus, 33, ketika memangku tiga anaknya di kawasan jeti Kuala Sala, di sini, sementara menunggu berita mengenai suaminya yang hilang di laut.

Pun begitu, dalam keadaan dirinya hamil enam bulan, Ruhaida kelihatan cekal seolah-olah menyembuny­ikan derita untuk menerima sebarang ketentuan nasib suami, Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, walaupun kemungkina­n besar terpaksa bersendiri­an membesarka­n tiga anak yang masih kecil.

Ruhaida memiliki tiga anak hasil perkongsia­n hidup bersama Mohd Hafiz iaitu Muhammad Irfan, 9; Muhammad Farhan, 6, dan Muhamad Muhaimin, 4. Suaminya pencari nafkah tunggal keluarga.

Harap suami selamat

Ketika ditemui Ruhaida mengakui hatinya sayu apabila melihat hanya bot gentian fiber milik Mohd Hafiz tiba di jeti, sedangkan kelibat fizikal suaminya itu sehingga kini belum kelihatan.

“Saya masih berharap dia balik dalam keadaan selamat...sebagai isteri saya sanggup terima apa sahaja, namun amat berharap dia ditemui segera walau dalam apa keadaan sekali pun,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Mohd Hafiz dikhuatiri lemas selepas hanya bot miliknya ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan di perairan Kuala Sala pada kedudukan kira-kira 12 batu nautika barat daya Kuala Kedah, dekat sini.

Perluas kawasan pencarian

Ruhaida berkata, hatinya sedih apabila mendapat tahu bekal nasi lemak yang dibawa suaminya itu ketika keluar ke laut belum dijamah dan ia ditemui bersama telefon bimbit di dalam bot fiber terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Norazmi, berkata operasi hari kedua semalam diperluas sehingga 120 batu nautika dari jarak mangsa dilapor terjatuh dengan menggunaka­n khidmat helikopter dari Cawangan Operasi Udara APMM.

 ?? [FOTO ZULIATY ZULKIFLI /BH] ?? Ruhaida (kanan) bersama tiga anaknya menunggu operasi mencari suaminya di pusat SAR Kuala Sala, Yan, semalam.
[FOTO ZULIATY ZULKIFLI /BH] Ruhaida (kanan) bersama tiga anaknya menunggu operasi mencari suaminya di pusat SAR Kuala Sala, Yan, semalam.
 ??  ?? Mohd Hafiz Abu Hassan
Mohd Hafiz Abu Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia