Berita Harian

Kerajaan lulus 19 JKKK baharu di Melaka

Perlu susun struktur, sempadan supaya operasi digerakkan tahun depan dapat berjalan lancar

- Oleh Noor Azurin Mohd Sharif bhnews@bh.com.my

Kerajaan Persekutua­n meluluskan 19 Jawatankua­sa Kemajuan, Keselamata­n Kampung (JKKK) baharu, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 276 JKKK di negeri ini.

Rangkumi 3 daerah

EXCO Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman, berkata JKKK baharu diluluskan itu merangkumi tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin dan dijangka beroperasi seawal tahun depan.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) yang meluluskan 19 daripada 30 permohonan JKKK di Melaka.

“Dengan kelulusan ini, JKKK baharu perlu menyusun struktur dan persempada­nan supaya operasi yang digerakkan mulai awal tahun depan dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Kayuhan Berbasikal dan Melaka Car Free Zone anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) di Dataran Menara Taming Sari, Bandar Hilir, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Mohd Nawi Othman.

Sementara itu, Mohd Nawi berkata, pihaknya menyasarka­n nilai jualan Mybest Buy di negeri ini meningkat kepada RM400,000 berbanding RM350,000 tahun lalu.

“Setakat enam bulan pertama ini nilai jualan kita sudah pun menjangkau RM260,000 dan tidak mustahil sasaran itu dapat dicapai.

“Program Mybest Buy ini membantu orang ramai berbelanja pada harga murah, sekali gus dapat mengurangk­an kos kenaikan sara hidup,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Antara gelagat peserta sesi senam robik pada program Melaka Car Free Zone anjuran FAMA negeri di Dataran Menara Taming Sari, Bandar Hilir, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Antara gelagat peserta sesi senam robik pada program Melaka Car Free Zone anjuran FAMA negeri di Dataran Menara Taming Sari, Bandar Hilir, semalam.
 ??  ?? Hasan Abd Rahman
Hasan Abd Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia