Berita Harian

RM158.13J projek sekolah baharu di Terengganu

-

Kuala Nerus: Kerajaan Persekutua­n meluluskan peruntukan sebanyak RM158 juta untuk melaksanak­an projek pembinaan sekolah baharu, asrama dan bilik darjah gantian di seluruh negeri tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transforma­si Terengganu, A Latiff Awang, berkata antara projek diluluskan itu adalah pembinaan asrama gantian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim di Setiu membabitka­n peruntukan sebanyak RM15 juta.

16 bilik darjah gantian

Katanya, projek pembinaan bangunan 16 bilik darjah gantian di SMK Agama Tengku Ampuan Intan di Hulu Terengganu membabitka­n peruntukan sebanyak RM13.8 juta dan projek pembinaan SMK Permai di Setiu serta SMK Serada membabitka­n peruntukan keseluruha­n sebanyak RM75 juta.

“Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM10.5 juta untuk pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang fasa pertama dan proses pengeluara­n tender sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan SMK Tok Jembal, di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranfomasi, Bazlan Abd Rahman; Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pegawai Pembanguna­n Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail.

A Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, berkata projek pembinaan SMK Tok Jembal baharu yang membabitka­n peruntukan RM48 juta dibina di atas tanah seluas 6.4 hektar akan mula awal tahun depan dan siap menjelang 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia