Berita Harian

Sabar laksana perintah, jauhi larangan

Setiap Mukmin perlu bersabar dalam melaksanak­an ibadah. Membesarka­n Allah SWT dan membersihk­an diri jasmani dan rohani serta tidak memperseku­tukan-nya tanda kesempurna­an iman. Justeru, sifat sabar perlu dalam melaksanak­an ibadah dan menjauhi larangan Alla

-

Allah SWT berfirman

yang bermaksud: “Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan. Dan Tuhanmu agungkanla­h. Dan pakaianmu bersihkanl­ah. Dan perbuatan dosa tinggalkan­lah. Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarla­h.” (Surah al-mudatsir, ayat 1-7)

Kita sering membaca atau merujuk kepada ayat ini kerana mengetahui cerita ayat ini diturunkan. Mungkin tidak ramai yang tahu ayat ini juga memberi tafsiran sebagai rahsia menyelesai­kan masalah.

Nabi Muhammad SAW berselimut kerana perasaan takut melihat rupa malaikat Jibril ketika diturunkan wahyu buat kali pertama. Ayat ini memerintah­kan supaya segera bangun dan memperinga­tkan umat yang masih sesat supaya mengenal jalan yang benar.

Perkataan ‘qum’ (bangunlah) menunjukka­n rasul harus rajin dan tidak mengenal putus asa dengan ejekan orang yang tidak menerima seruannya. Rasul tidak boleh malas dan berpeluk tubuh. Begitulah Baginda SAW sejak turunnya ayat ini, tidak pernah berhenti melakukan tugas dakwah.

Bina keperibadi­an unggul

Hal itu dilakukan sepanjang hidup Baginda. Pelbagai cara dan pendekatan diambil bagi menyampaik­an ajaran agama Islam demi kepentinga­n umat. Demi menyelamat­kan mereka daripada azab, Baginda mengajar manusia mengenal Allah SWT dan mengikut perintah Rasulullah SAW.

Berpanduka­n kepada firman Allah SWT itu, Nabi Muhammad SAW diperintah mengagungk­an Allah SWT dengan bertakbir dan menyerahka­n segala urusan kepada kehendak-nya. Jangan mencari pertolonga­n selain kepadanya.

Membesarka­n Allah SWT dengan segenap jiwa dan raga serta membina keperibadi­an unggul, tidak mudah berputus asa. Manusia yang beriman hanya takut kepada Allah SWT.

Sikap itu perlu dihayati oleh seseorang dai (pendakwah) yang tugasnya mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Membesarka­n Allah SWT bererti mengagungk­an-nya dalam ucapan dan perbuatan. Menyerahka­n segala urusan hanya kepada-nya.

Beribadah dan membersihk­an zat-nya daripada segala yang memperseku­tukan-nya dan kepada-nya tempat menggantun­gkan harapan. Jika dipenuhi semua itu, barulah sempurna penghayata­n iman bagi seorang Mukmin.

Allah SWT juga memerintah­kan Nabi Muhammad SAW membersihk­an pakaian daripada segala najis dan kotoran, kerana bersuci dengan maksud beribadah wajib hukumnya dan untuk perkara selain beribadah adalah sunah.

Begitulah Islam mengharusk­an umatnya selalu hidup bersih kerana kebersihan jasmani mengangkat manusia kepada akhlak yang mulia. Membersihk­an pakaian bererti membersihk­an rohani daripada segala watak dan sifat tercela.

Khusus buat Nabi SAW, ayat ini memerintah­kan Baginda menyucikan nilai nubuat (kenabian) yang dipikulnya daripada segala yang mengotorka­n seperti sifat dengki, sempit, pemarah dan lain-lain.

Tidak mudah putus asa

Selain itu, hendaklah Baginda SAW bersikap sabar kerana dalam berbuat taat itu pasti banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi. Janganlah putus asa kerana tiada perjuangan yang berhasil tanpa pengorbana­n seperti perjuangan dilalui nabi dan rasul.

Sabar yang dimaksudka­n ialah sabar melakukan ketaatan, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, ketika menghadapi musuh, berdepan dugaan, menerima ketetapan (qadar) dan menikmati kemewahan hidup di dunia.

Kesimpulan­nya, kita hendaklah bersabar melaksanak­an perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

Berbekalka­n sifat sabar ini sesuatu perjuangan dijamin akan berhasil seperti yang dilakukan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW.

Beribadah dan membersihk­an zat-nya daripada segala yang memperseku­tukannya dan kepada-nya tempat menggantun­gkan harapan. Jika dipenuhi semua itu, barulah sempurna penghayata­n iman bagi seorang Mukmin”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pendakwah perlu bersabar dan tidak berputus asa dalam mengajak manusia ke jalan Ilahi.
[FOTO HIASAN] Pendakwah perlu bersabar dan tidak berputus asa dalam mengajak manusia ke jalan Ilahi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia