Berita Harian

Sayembara novel BH tawar hadiah lumayan

-

Kuala Lumpur: Masih belum terlambat untuk anda yang berminat menyertai Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017 untuk berbuat demikian.

Sayembara yang dilancarka­n awal Mei lalu di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) hanya akan tamat pada 31 Oktober ini.

Ini bermakna anda mempunyai masa tiga bulan lagi untuk memecut ke garisan penamat. Apatah lagi hadiah yang ditawarkan amat lumayan, iaitu RM15,000 untuk tempat pertama - jumlah yang sangat besar untuk sayembara membabitka­n novel remaja dan RM10,000 untuk novel kanak-kanak.

Sayembara ini dibuka untuk semua warga negara kecuali warga kerja kumpulan The News Straits Times Press (NSTP) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Tiada tema khusus ditetapkan untuk sayembara ini, kecuali karya mestilah bersesuaia­n dengan nilai baik dan murni bagi kelompok pembaca remaja dan kanak-kanak.

Anda boleh menyertai keduadua kategori, tetapi hanya dibenarkan menghantar satu manuskrip sahaja untuk setiap genre.

Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 80 hingga 100 muka surat, manakala bagi novel remaja dalam lingkungan 100 hingga 200 muka surat.

Karya asli

Manuskrip dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.

Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah, manakala nama dan alamat peserta tidak boleh tertera pada manuskrip yang dikirim.

Pastikan karya itu asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaia­n atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan belum pernah tersiar atau diterbitka­n oleh manamana pihak.

Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah berkenaan perlu dipulangka­n semula kepada penganjur.

BH berhak menerbitka­n manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syaratsyar­at penerbitan BH dan keputusan panel hakim adalah muktamad.

Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, sinopsis karya dan sekeping gambar berukuran pasport. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperoleh menerusi laman http://www.bhpendidik­an.com.my/blog/sayembara-novel-remaja-dan-kanak-kanak-2017.

Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 31 Oktober ini kepada Urus Setia, Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH, BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia