Berita Harian

Atasi penganggur­an dengan bekerja ikut bidang

-

nanti pusat pengajian tinggi akan mula sibuk menerima beribu-ribu pelajar baharu dan difahamkan universiti awam menjadi tumpuan kedatangan pelajar yang cemerlang untuk sambung pengajian mengikut bidang yang mereka layak.

Apa yang membimbang­kan, walaupun ramai pelajar berpeluang melanjutka­n pengajian lebih tinggi dalam pelbagai bidang, masalahnya pengisian bakal graduan ini nanti belum tentu terjamin untuk dapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan masing-masing walaupun akademik mereka cemerlang.

Lambakan lepasan ijazah yang dikategori­kan sebagai penganggur terhormat meningkat setiap tahun malahan mengikut sumber yang dipercayai ia menjangkau ratusan ribu.

Begitu kecewa sekali harapan anak dan juga ibu bapa apabila melihat anak mereka yang berkelulus­an tinggi masih tidak dapat pekerjaan hingga bertahun-tahun lamanya dan ada bekas pemegang ijazah wanita berputus asa lalu menjadi suri rumah tangga sahaja. Sia-sialah apa yang mereka belajar.

Pinjaman pendidikan

Ia tidak terhenti di situ sahaja kerana pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dibayar dan wajib untuk diselesaik­an mengikut perjanjian dan sekiranya ditangguhk­an, maka tunggakan faedah dikenakan berserta denda.

Inilah masalah dihadapi jika lambakan graduan yang tidak dapat pekerjaan bertahun-tahun lamanya. Tidak hairanlah ada di antara mereka ini hanya berkerja sebagai jurujual di pasar raya atau pembantu stesen minyak dan terpaksa menjadi pemandu teksi untuk meneruskan kehidupan penuh cabaran ini.

Kaji pengambila­n pelajar

Oleh yang demikian, adalah dicadangka­n supaya pengambila­n pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi mengikut pasaran keperluan pengisian pekerjaan dan bukannya mengambil pelajar sesuka hati yang akhirnya merugikan tenaga, masa pelajar dan wang.

Pastikan pengajian ditawarkan seimbang dengan tawaran pekerjaan mengikut bidang yang akan diceburi itu nanti. Umpamanya bidang perguruan sepatutnya biarkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sahaja yang urus segala pengajian untuk bakal guru berijazah dan bukannya semua universiti menawarkan bidang ini dan jika perlu, semua tenaga pengajar bidang perguruan ini diserapkan ke tawaran pekerjaan di UPSI.

Biar UPSI sahaja mengendali­kan bidang perguruan. Begitu juga pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang teknikal dan sebagainya.

Dengan cara begini berkemungk­inan lambakan dan graduan menganggur dapat diatasi yang mana kita dapat anggarkan keperluan permintaan dan pengisian, serta mereka yang layak untuk dapat pekerjaan ikut bidang masing-masing.

Dicadangka­n supaya pengambila­n pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi mengikut pasaran keperluan pengisian pekerjaan dan bukannya mengambil pelajar sesuka hati yang akhirnya merugikan tenaga, masa pelajar dan wang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia