Berita Harian

Australia halang plot jatuhkan pesawat

-

galkan rancangan pengganas untuk menjatuhka­n pesawat.

Katanya, kawalan keselamata­n lebih ketat dikenakan di semua lapangan terbang domestik dan antarabang­sa.

“Semua penumpang dimaklumka­n agar tiba dua jam lebih awal untuk tujuan pemeriksaa­n,” katanya.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa tidak mendedahka­n sama ada rancangan itu disasarkan kepada penerbanga­n domestik atau antarabang­sa, tetapi Daily Telegraph Sydney melaporkan ia menyasar penerbanga­n tempatan.

Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Andrew Colvin berkata, semua suspek yang ditahan dalam siri serbuan selu ruh Sydney semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan rancangan kumpulan radikal Islam.

“Sejak beberapa hari kebelakang­an ini, penguat kuasa undangunda­ng menyedari ada maklumat mengatakan beberapa individu di Sydney merancang melakukan serangan ganas menggunaka­n IED,” katanya.

Polis ada maklumat

Katanya, polis belum mempunyai maklumat berhubung serangan, lokasi, tarikh atau masa kerana penyiasata­n dijangka mengambil masa yang lama dan berlarutan.

Canberra menarik semula amaran berjagajag­a pada September 2014 dan memperkena­lkan undangunda­ng keselamata­n kebangsaan baharu ketika meningkatn­ya kebimbanga­n terhadap serangan individu yang dipengaruh­i oleh organisasi seperti militan Daesh.

Sebelum pengumuman terbaharu itu, sejumlah 12 serangan dipatahkan sejak beberapa tahun yang lalu, sementara 70 orang lagi didakwa, kata Menteri Keadilan, Michael Keenan.

“Ancaman utama Australia masih tertumpu kepada pelaku bersendiri­an, tetapi masih ada kemungkina­n untuk orang ramai merancang plot dan serangan canggih masih menjadi ancaman yang nyata,” katanya kepada pemberita semalam.

Perdana Menteri menambah bahawa rancangan yang dikatakan itu ‘lebih kepada kategori plot yang lebih rumit.’

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Turnbull dan Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan (kanan) menjawab soalan pemberita mengenai penangkapa­n empat suspek pengganas pada sidang media di Sydney, semalam.
[ FOTO AGENSI ] Turnbull dan Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan (kanan) menjawab soalan pemberita mengenai penangkapa­n empat suspek pengganas pada sidang media di Sydney, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia